kelicap
Active+ Member
- Messages
- 3,562
- Joined
- Feb 7, 2011
- Messages
- 3,562
- Reaction score
- 144
- Points
- 33
Geng,
Baiknya Emak Kita...
(
Masa kita zaman kanak-kanak dahulu..perasan tak yang emak kita selalu buat kuih untuk kita..Macam-macam kuih mak kita buatkan kuih untuk kita..Tak pernah pun mak kita beli kuih di luar..Kalau teringin nak beli pun..rasanya tak ada orang jual kuih masa tu..semua pakat buat sendiri dan makan sendiri dengan anak-beranak jer..
Daripada kuih talam, kuih koci, kuih tepung bawang, kuih seri muka, kuih lepat ubi, kuih keria, kuih puteri mandi, kuih puteri dua sebilik, kuih badak berendam, kuih lepat pisang, kuih pulut inti, kuih tepung pelita, bubur sum-sum, bubur telur belukang, bubur putih bubur merah, sira pisang, cucur badak…kuih wajib setiap hari iaitu lempeng kelapa, lempeng tepung, cokodok pisang, jemput-jemput bawang dan nasi goring kampong yang mak kita tumbuk bawang dengan cili merah kasar-kasar yang bila kita makan serpihan cili tu akan melekat kat gigi kita..maka merah menyalalah gigi kita dengan terselahnya cili kat gigi kita yang mak kita tumbuk tak hancur tadi.
Yang lebih menarik lagi..mak kita boleh buatkan roti canai telur bawang untuk kita. Sebenarnya mak kita bukan nya dia reti tebar roti tu yang macam mamak sekarang ni buat. Tapi itu semua tidak menjadi masalah bagi mak kita. Dia berusaha bagi kita makan roti canai..malahan lagi sedap daripada roti canai mamak.
Mak kita ambil dulang zing besar. Dulang tu warna merah..ada gambar bunga ros besar-besar. Gambar bunga ros tu ada warna pink. Dulang tu sekarang dah jadi barang antik.Mak kita uli tepung tu sampai lembut..pas tu dia tarik tepung tu ke sekeliling dulang..sampai jadi lebar dan besar..tak koyak pun tepung tu..pas tu dia pecahkan telur 2 bijik dan ditaburkan bawang besar.
Mak kita pun lipat tepung tu menjadi 4 segi dan kemudian di goring atas kuali leper. Pergggghhh..memang sedap betul roti prata mak kita tu. Tak cukup kalau makan sekeping..mesti nak tambah lagi. Seronok kita masa tu kan? Seronok sampai kita boleh ingat akan nostalgia itu..
Seronok sampai kita boleh berkongsi cerita itu dengan anak-anak kita sekarang ni.
Masa kita tengah jadik mak bapak sekarang ni..ada kita buat roti macam itu untuk anak-anak kita? Hehehe..kalau kita buat pun..mungkin anak kita kata kita ni dah gila..
Saya saja jer senaraikan nama-nama kuih yang pernah kita makan masa kita kecik-kecik dulu. Nak bagi kita ingat balik nama-nama kuih tu..Tu belum lagi masuk kuih yang dah mula pupus..nama kuih tu pun saya tak ingat dah..ya lah dah pupus.
Agak-agaknya lah..kalau anak kita suruh kita buat kuih macam tu..boleh tak kita buat kuih tu untuk anak-anak kita? Jawapannya ialah..mak tak reti lah..essshh..mana ler pernah mak buat kuih macam tu..mak sibuk lah..kamu pergi je lah beli kuih kat luar tu..dan macam-macam lagi helah dari kita…
Sebabnya ialah masa dulu-dulu kita tak pernah terlintas pun nak belajar buat kuih tu dengan mak kita. Yang kita tau kuih tu dah terhidang atas meja, dan kita pun melantaklah dengan secukupnya. Sekarang mak kita dah tak ada atas dunia ni.. Kita nak belajar dengan siapa? Rugi kita kan? Tapi bagi setengah orang..dia tak kisah pun akan kisah masak kuih ni..
Mungkin bila dah terbaca kisah ni..baru terlintas dan bermain di kotak fikiran mereka sekarang ni. Ahh..Ahh.yek…??? Tak terpikir plak saya...
Rugi zaman anak-anak kita sekarang ini..tak ada apa yang nak mereka banggakan tentang kita bila mereka besar nanti..Itu zaman sekarang..Cuba kita pikir pulak zaman anak-anak kita masa mereka dah beranak pinak nanti..senang cakap..zaman cucu-cicit kita lah..masa tu rasanya dah tak ada orang sebut pasal kuih-kuih yang saya sebut tadi kot..mereka lebih pandai sebut pasta, sushi, macaroni, sphagetti atau dah ada makanan baru yang kita pun tak tau namanya buat masa ni..
Yang kita tak pernah terlintas pun rupanya ada makanan yang macam tu nanti.. Entah halal atau tidak…kita pun tak tau.. Masa tu kita pun dah tak ada dalam dunia ni.. Tak ada apa pun yang menarik untuk kita tinggalkan buat anak cucu - cicit kita..
Saya sengaja nak bercoleteh pasal makanan ni sebab saya nak bagi bukak minda tuan/puan betapa beruntungnya kita hidup di zaman mak kita masih ada..dan betapa ruginya anak-anak kita tak dapat makan itu semua semasa zaman kita ni atas sebab-sebab kejahilan kita dan kemalasan kita tak nak belajar buat kuih itu masa mak kita hidup dahulu. Rugi besar kita..
Sebenarnya kita kena jaga kuih melayu tradisional kita ni..dan kalau boleh jangan bagi pupus kuih-kuih yang pernah kita makan dengan mak kita dulu-dulu... Biar anak-anak kita dapat merasa makanan tu semua sehingga anak cucu cicit kita nanti..
Itu belum lagi kita cerita tentang lauk-pauk yang kita masak hari-hari untuk anak-anak kita.. Apa lauk yang kita masak untuk anak kita? Telur goring dengan ayam goring je kan..Pernah tak kita masak lauk untuk anak kita macam mak kita masak kan untuk kita dulu-dulu..Pernah tak kita tak makan lauk yang mak kita masak untuk kita dulu? Tak pernah kan? Kita tak pernah pun komplen tentang menu yang mak kita masak kan? Apa yang mak kita masak semuanya sedap belaka. Semua kita telan.!! Tak pernah sekali pun kita merungut..
Sekarang ni kerja masak memasak semua kita serahkan pada Bibik Indon..Waima tidur malam pun anak-anak kita tidur dengan Bibik sekarang ni.. Ada yang setengah dari kalangan kita ni..hari Sabtu dan Ahad telah diisytiharkan menjadi hari tak memasak sedunia..!!! Hari untuk berehat katanya.
Makan kat luar je lah..Masa bila kita nak masak untuk anak kita? Isnin hingga Jumaat kita sibuk dengan kerjaya masing-masing..Jawapan nya ialah..TARAK !!
Kita sibuk dengan dunia kita..Kita sibuk dengan perniagaan kita..kita sibuk dengan jatuh bangun saham kita..Kita sibuk mengejar harta. Wal hal harta yang paling berharga atas dunia ini ialah anak-anak kita yang kat rumah tu lah..Tapi harta yang depan mata kita yang tertonggok tu lah yang kita tidak hiraukan.. Punya tak pandai nya kita kan?
Tau tak..doa anak-anak kita yang soleh itu membolehkan kita masuk syurga tau.. Tapi kita tak pedulikan itu semua.. Ada aku kisah..?? Bo.dohnya kita kan?
Lagi satu bab makan bersama dengan anak-anak. Kita selalu tak makan bersama dengan anak-anak kita? Jarang? Sebab tak suka bising-bising ya? Takut tak kenyang ya? Takut air tumpah masuk dalam pinggan kita ya? Dan macam-macam takut lagi..
Tu sebab anak-anak kita mudah sangat kurang ajar dengan kita. Mudah sangat menipu kita. Mudah sangat memperlekehkan kita. Bila kita dah tua besok..kita akan dijual ke rumah orang-orang tua.
Mereka tak perlukan kita lagi. Masa tu jangan pulak kita terkejut dan marahkan mereka. Masa tu jangan pulak kita sibuk nak masuk dalam Berita Buletin TV3 sambil menangis meratap meraung sambil berkata anak-anak kita tak pedulikan kita, anak-anak kita dah tak sayang dengan orang tua mereka.
Tak perlulah kita buat macam tu. Dah memang salah kita. Memang selayaknya lah kita ditempatkan di situ.Sebab masa sekarang ni mereka amat memerlukan perhatian kita, tapi kita tak pedulikan mereka pun. Ada aku kisah? Bila dah tua nanti..kita terimalah apa saja nasib yang menimpa kita.
Masa tu kita jangan pulak salahkan mereka. Kita tudingkan jari tu ke arah muka kita ni. Dan tanya pada diri sendiri..Mak bapak apa kita ni sebenarnya? Kalau kita ada masa lapang. Kita pergilah bersembang dengan orang-orang tua yang tinggal atau ditinggalkan dirumah orang tua.
Kita tanya mereka, apa yang membuatkan mereka tercampak kat situ. Tentu ada cerita menarik yang boleh kita berkongsi dengan mereka. Tentu ada perkara yang tak enak didengar yang telah mereka buat terhadap anak mereka. Allah menghukum atas perkara yang kita buat sendiri. Atas dosa-dosa dari tangan kita sendiri.
Anak-anak yang baik dan sayang kepada kedua ibu bapa mereka tidak akan tergamak menghantar kita ke rumah orang tua-tua.
Kita lah yang mencorakkan kisah hidup kita dengan anak-anak kita.
Sayangi lah mereka sekarang ini kalau kita hendakkan mereka sayang kat kita bila kita dah tua ganyut nanti.
Kepada mereka di luar sana yang masih ada lagi mak dan ayah..kasihani lah mereka sayangilah mereka sepenuh hati..
Segalanya untuk mereka sekarang ni..mereka lah yang paling utman di batu jemala kita..bukan awek kita yang belum tentu lagi akan jadik isteri kita..
Beruntung kepada mereka yang masih lagi ada mak dan ayah..boleh cium tangan mereka apablia berjumpa..gugur semua dosa..
Saya dan tak boleh buat itu semua..semua orang tua saya sudah pergi buat selama-lamanya..
Pergi meninggalkan saya yang semasa itu saya amat memerlukan kasih seorang ibu..
Kalau hari raya tu..macam malas nak beraya..apa guna hari raya kalau semua orang yang kita sayang tiada lagi di sisi kita..
Terima kasih kepada semua forumers yang setia mengikuti semua thread saya..
Kirim salam kepada semua ibu bapa kamu..cakap kat mereka Kelicap kirim salam dan didoakan semoga ibu bapa forumers sihat walfiat hendaknya..
Saya hanya menumpang kasih di sanubari..
Jumpa lagi..

Last edited: