BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baik Buruk Kad Kredit

2bz4money

Legendary Member
gem
Messages
10,615
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,615
Reaction score
2,069
Points
191
Baik buruk kad kredit
20-02-2007 11:14:29 AM
Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR: Menjadi perkara biasa bagi kebanyakan individu untuk memiliki sehingga lima atau enam keping kad kredit. Ia bagaikan satu keperluan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana.

Sehingga Disember lepas, dilaporkan terdapat 4.2 juta pemegang kad kredit di negara ini.

Dalam pada memilikinya memudahkan urusan pembelian, namun wang plastik ini juga boleh menimbulkan kemudaratan kewangan dan gangguan emosi jika ia diguna tanpa kawalan.

Bagaimanakah ia boleh menimbulkan stres kewangan?

Untuk menjawab persoalan itu, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menggariskan beberapa faktor sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai kewangan peribadi.

Faktor-faktor itu ialah:

1. PEMBELIAN TANPA DIRANCANG
Kad kredit sememangnya memudahkan pembelian barangan yang anda gemari.
Bagaimanapun, jika kemudahan itu tidak digunakan dengan bijak dan berhemat, ia akan menjeratkan diri anda ke lembah hutangpiutang kad kredit.

Lazimnya bila memiliki kad kredit, ia memberi bayangan kepada kita bahawa masih terdapat banyak wang di dalamnya. Had kredit ini biasanya disalahtafsirkan sebagai satu indikator terhadap apa yang kita ada, dan apabila ia berlaku, ia boleh mendorong perbelanjaan di luar kawalan. Inilah bayangan kewangan yang berbahaya.

2. MEMBAYAR CAJ FAEDAH YANG TINGGI
Apabila menggunakan kad kredit, kita juga perlu membayar caj faedahnya yang tinggi, biasanya kira-kira 18 peratus setahun lebih tinggi berbanding faedah pinjaman dalam pasaran.

Biarpun begitu, masih ramai antara kita yang menggunakannya dan dengan penuh setia membayar kadar minimum setiap bulan. Kebanyakan daripada kita tidak sedar berapa banyak yang kita akhirnya terpaksa membayar dalam jangka panjang.

Katakan, kita telah berbelanja tanpa dirancang menggunakan kad kredit sebanyak RM1,000 semasa jualan murah. Jika kita bayar kadar minimum setiap bulan, kita perlu selama 6 1/2 tahun untuk menjelaskan hutang itu dan pada akhirnya, jumlah yang kita sebenar telah membayar ialah RM1,650!. Cuba bayangkan apa yang boleh kita buat dengan wang lebihan itu.

3. PENIPUAN KAD KREDIT
Kemudahan kad kredit juga mendedahkan kita kepada sasaran penipuan.

Antara petua untuk mengelak daripada terperangkap dalam penipuan kad kredit ialah: sentiasa menandatangani kad kredit sebaik sahaja anda menerimanya; jangan sekalikali memberikan nombor kad kredit anda menerusi telefon; sentiasa mengawasi pemegang wang (cashier) apabila ia mengebas kad anda untuk pembelian anda kerana ia dengan mudah boleh mengebasnya dua kali untuk 'pembelian lain'.

MENGURUS HUTANG KAD KREDIT
Dalam pada kad kredit boleh meningkatkan kuasa membeli para pengguna, ia juga mengheret anda untuk berhutang.

Bank Negara melaporkan bahawa sehingga Disember tahun lepas, jumlah baki hutang yang masih belum dilunaskan oleh pemegang kad kredit adalah sebanyak RM12.2 bilion!.

Justeru, elakkan diri daripada terjerumus dalam perangkap hutang kad kredit dengan mengikuti beberapa panduan bijak yang ditawarkan oleh ACCA. Panduanpanduan itu ialah:

1. BAYAR HUTANG TEPAT PADA MASANYA
Berwaspada dengan hutang kad kredit. Bayar semua bil tepat pada masanya. Buatlah pembayaran melebihi daripada bayaran minimum.

2. BACA DAN TELITI SEGALA MAKLUMAT
Perhatikan segala pembayaran untuk barangan yang tercatat pada bil kad kredit. Jika anda mencurigai sesuatu, hubungi segera syarikat kad kredit itu. Kebanyakan daripada kita biasanya tidak mengendahkan butiran yang tercatat pada bil.

3. AMALKAN HAK ANDA
Jika anda dikenakan bayaran caj kerana lewat membayar, hubungi pengeluar kad dan cuba buat bantahan. Kebanyakan bank bersedia untuk membatalkannya demi menjaga pelanggan yang mengekalkan rekod pembayaran dengan baik.

4. HENTIKAN PEMBELIAN TANPA DIRANCANG
Jadilah pembeli yang berhemah dan berhemat. Senaraikan barangan yang hendak dibeli dan elak pembelian tidak dirancang. Juga jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan wang kerana kadar faedahnya agak tinggi.

5. BIJAK MEMILIH KAD YANG INGIN DIBAWA KE LUAR NEGERI
Semak dahulu kad kredit mana yang menawarkan bayaran yuran yang rendah untuk transaksi di luar negeri dan bawa kad tambahan untuk digunakan jika kad yang satu lagi tidak boleh digunakan.

Pendek kata, gunakan kad kredit hanya apabila ia benar-benar diperlukan kerana penggunaan dengan sewenang-wenangnya boleh membawa padah. BERNAMA
 
memang banyak buruk dari baiknya. baiknya kekadang emergence leh guna. x emergency pun pakai. ni lah masaalahnya. gatal tangan :D

moral : janganlah pakai cc
 
Aku ada byk cc Tapi sumernya Annual Fees percuma. Waktu apply dapat goodies lagi mcm calculator, bag etc..

Hanya 3 Kad kredit yg akan gunakan sepenuhnya, contoh

-Mbf utk byr bil2 utiliti secara online
-Bank Islam utk shopping di Tesco/Giant/CF setiap 2 minggu
-Citibank utk byrn petrol dan servis keter

Aku bayar Bil cc tu penuh...x main minimum.
Bil cc jadikan portfolio akaun spt Shopping/Utiliti/Petrol..

Ingat, guna cc utk Keperluan sahaja bukan utk Berlebihan..
 
Aku ada byk cc Tapi sumernya Annual Fees percuma. Waktu apply dapat goodies lagi mcm calculator, bag etc..

Hanya 3 Kad kredit yg akan gunakan sepenuhnya, contoh

-Mbf utk byr bil2 utiliti secara online
-Bank Islam utk shopping di Tesco/Giant/CF setiap 2 minggu
-Citibank utk byrn petrol dan servis keter

Aku bayar Bil cc tu penuh...x main minimum.
Bil cc jadikan portfolio akaun spt Shopping/Utiliti/Petrol..

Ingat, guna cc utk Keperluan sahaja bukan utk Berlebihan..

Sedap dengo ayat tu rosdi !!!!!
Macam berlagak walaupon x berlagak.. hehe
Org yg dah terlajak guna cc cam aku ni, bayo je le mana yg mampu.. Sampai masa abih la utang cc aku tuu..hehe
Tp taktau bila masa tuu... wakakakaka
 
Sedap dengo ayat tu 2bz !!!!!
Macam berlagak walaupon x berlagak.. hehe
Org yg dah terlajak guna cc cam aku ni, bayo je le mana yg mampu.. Sampai masa abih la utang cc aku tuu..hehe
Tp taktau bila masa tuu... wakakakaka

Sdr Goneng,
nampaknya ko terpaksa buat restructuring plan utk langsaikan hutang cc tu. Ko cuba buat balance tfr kat Bank Islam...0%..

p/s: tolong edit balik nama tu. kat sini x glamourlah..:cool:
 
Sdr Goneng,
nampaknya ko terpaksa buat restructuring plan utk langsaikan hutang cc tu. Ko cuba buat balance tfr kat Bank Islam...0%..

p/s: tolong edit balik nama tu. kat sini x glamourlah..:cool:

Huhuhuu skitt lagi aku dah nak tersebut nama ko jugaks! :p :p
 
adeh jgn di sebut kad kredit..
fobia weii...
 
Salam gang...
Apa juga yang penting Disiplin kita di dalam mengurus kewangan. Bila dah guna jangan lupa nak bayar. :) :cool:
Ukur baju badan sendiri...:D
 
Back
Top
Log in Register