BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baiah calon jangan melampau

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
SHAH ALAM - Ikrar taat setia atau baiah yang dikatakan dilafaz oleh calon parti tertentu untuk bertanding pilihan raya seharusnya tidak melampaui batas supaya tidak memudaratkan individu yang berkenaan.


Ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Abdul Jalil Borham berkata, baiah juga seharusnya mengi*kut syariat Islam dan tidak ditokok tambah sehingga membawa maksud atau kesan yang ekstrem.

“Baiah penting untuk menjamin surivival parti yang diwakili namun mereka yang terlibat jangan taksub,” tegasnya yang juga Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan. Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Abdul Jalil berkata, sikap taksub boleh menjerumuskan seseorang kepada tindakan yang bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malahan juga orang lain.

“Ini seperti apa yang dikatakan, ada calon daripada parti tertentu hingga bertaklik jatuh talak terhadap isteri jika dia mengkhianati baiah atau akujanji kepada parti. Ini sesuatu yang tidak seharusnya berlaku namun dilakukan juga kerana taksub,” katanya.
Menurutnya, baiah sememangnya biasa dilakukan.

“Inilah juga namanya akujanji, sumpah taat setia ataupun ikrar. Tetapi ia tidak boleh menjurus kepada kesan atau tindakan yang negatif,” katanya.

Baiah dengan taklik jatuh talak terhadap isteri didakwa melibatkan segelintir calon Pas pada pilihan raya umum lalu yang mana talak akan jatuh secara automatik jika mereka melompat parti selepas menang pilihan raya.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin kanan Pas yang lain.

Dalam pada itu, pada Perhimpunan Agung Umno baru lalu, pemimpin serta ahli parti itu yang menyertai perhimpunan berkenaan, melafazkan akujanji untuk menjauhi sebarang perbuatan mengkhianati parti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut mencadangkan semua wakil rakyat dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata, parti politik sebenarnya tidak memerlukan ikrar mahupun sumpah setia parti sekiranya ahli mereka menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

“Mengapa perlu sekarang parti politik membuat ikrar kepada parti? Kenapa tidak sejak dahulu lagi? Ini kerana mereka menyedari pemimpin kini sekadar berpolitik tanpa menjalankan tanggungjawab sebenar kepada rakyat,” katanya.

image.jpg

http://www.sinarharian.com.my/politik/baiah-calon-jangan-melampau-1.11052
 
Back
Top
Log in Register