BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bai Bithaman Ajil beban peminjam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BNM perlu cari alternatif elak pengguna rugi

GEORGETOWN: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mencari alternatif terbaik bagi melindungi pelanggan pembiayaan rumah Bai Bithaman Ajil (BBA) yang gagal membayar pinjaman.

Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahmed Kameel Mydin Meera, berkata BNM perlu bertindak supaya orang ramai yang meletakkan kepercayaan kepada sistem itu tidak mengalami kerugian.

Ketika ini, peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui pembiayaan BBA akan berakhir dengan beban yang lebih teruk berbanding pinjaman perumahan konvensional.

Beliau memberi contoh kes seorang peminjam yang membeli sebuah kondominium yang sedang dalam pembinaan berharga RM249,000 tetapi melalui perjanjian BBA bank berkenaan menjual kepadanya dengan harga RM744,766.

Malangnya, projek itu terbengkalai tetapi bank sudah membayar RM9,543 kepada pemaju. Bebanan itu kini terletak di bahu peminjam yang perlu membayar balik RM505,368.

"Peminjam itu menawarkan untuk membayar balik kepada bank sebanyak RM10,000 tetapi bank menuntut sebanyak RM505,368," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CAP, SM Mohamed Idris.

BBA adalah pembiayaan yang mana pengguna menjual harta yang ingin dibeli kepada bank sebelum bank menjual semula kepadanya dengan harga yang lebih tinggi.

Kebanyakan bank yang menyedari masalah itu, menukar semula pembiayaan itu kepada konsep Musharakah Mutanaqisah yang memberi kelebihan kepada peminjam yang gagal supaya tidak berakhir dengan jumlah hutang yang tinggi.

Ahmed Kameel berkata, jumlah pembayaran semula sangat tinggi dan ia boleh memberi kesan ketika kegawatan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya BNM perlu memastikan rebat yang diberikan adalah besar kepada peminjam yang gagal membayar supaya pengurangan pinjaman dapat diberikan secara adil tanpa campur tangan bank yang berat sebelah.
 
Baru BNM nak sedar ke?
 
Beli Rumah = Islamic loan = bunuh diri ..
skang orang yg amik islamik loan dan refinance @ konvensional loan ..
Islamik loan = interest 7.5% - 10.5% ...early settlement = low rebet ..
konv.loan = interest 4% - 5.5 % ... early settlement = high rebet ..
 
apa-apa pun, elakkan diri daripada terlibat dengan riba.
 
Beli Rumah = Islamic loan = bunuh diri ..
skang orang yg amik islamik loan dan refinance @ konvensional loan ..
Islamik loan = interest 7.5% - 10.5% ...early settlement = low rebet ..
konv.loan = interest 4% - 5.5 % ... early settlement = high rebet ..

nama je perbankan islam tp cam tak islam je. Ni yg beri imej tak baik pada islam.
rasa2nya klu kira interest lebih krg along je
..
 
pernah dengar dalam seminar kewangan Islam dulu, interest bank-bank Islam tinggi kerana usia perbankan Islam masih baru berbanding perbankan konvensional. kalau diikutkan, perbankan konvensional sudah wujud 300-400 tahun sedangkan perbankan Islam moden baru sahaja muncul kurang 50 tahun.

walaupun interest perbankan Islam tinggi, namun ia adalah satu rate yang tetap dan tidakan berubah, berbanding interest konvensional yang lebih berkonsepkan riba dan boleh berubah bila-bla masa mengikut ekonomi semasa. masa kegawatan ekonomi 1998, interest konvensional pernah melambung ke paras 20% berbanding perbankan Islam yang kekal dengan 7%.
 
BNM perlu cari alternatif elak pengguna rugi

GEORGETOWN: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mencari alternatif terbaik bagi melindungi pelanggan pembiayaan rumah Bai Bithaman Ajil (BBA) yang gagal membayar pinjaman.

Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahmed Kameel Mydin Meera, berkata BNM perlu bertindak supaya orang ramai yang meletakkan kepercayaan kepada sistem itu tidak mengalami kerugian.

Ketika ini, peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui pembiayaan BBA akan berakhir dengan beban yang lebih teruk berbanding pinjaman perumahan konvensional.

Beliau memberi contoh kes seorang peminjam yang membeli sebuah kondominium yang sedang dalam pembinaan berharga RM249,000 tetapi melalui perjanjian BBA bank berkenaan menjual kepadanya dengan harga RM744,766.

Malangnya, projek itu terbengkalai tetapi bank sudah membayar RM9,543 kepada pemaju. Bebanan itu kini terletak di bahu peminjam yang perlu membayar balik RM505,368.

"Peminjam itu menawarkan untuk membayar balik kepada bank sebanyak RM10,000 tetapi bank menuntut sebanyak RM505,368," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CAP, SM Mohamed Idris.

BBA adalah pembiayaan yang mana pengguna menjual harta yang ingin dibeli kepada bank sebelum bank menjual semula kepadanya dengan harga yang lebih tinggi.

Kebanyakan bank yang menyedari masalah itu, menukar semula pembiayaan itu kepada konsep Musharakah Mutanaqisah yang memberi kelebihan kepada peminjam yang gagal supaya tidak berakhir dengan jumlah hutang yang tinggi.

Ahmed Kameel berkata, jumlah pembayaran semula sangat tinggi dan ia boleh memberi kesan ketika kegawatan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya BNM perlu memastikan rebat yang diberikan adalah besar kepada peminjam yang gagal membayar supaya pengurangan pinjaman dapat diberikan secara adil tanpa campur tangan bank yang berat sebelah.

mak oii... hebat sungguh depa ni !! ni nama jer islam ni. kasi nama arab skit dah jadi !! kalu macam ni bukan islamik loan namanya, tsunami loan ni. sekali sapu trus bankrap !! kalau aku mampuih pi hang la, nak bankrapkan pun takpe lagu ni !!:(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register