BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya 'bola golf terbang'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Bahaya 'bola golf terbang' - Tiga tahun penduduk Pandan Perdana merana


AMPANG - Sebanyak 2,000 biji bola golf dikutip dalam tempoh tiga tahun.
Bola yang dikutip Lim Ah Chai itu bukan kerana hobi tetapi setiap biji bola itu menjadi bukti ketakutan kira-kira 7,000 penduduk yang berdepan dengan bahaya kerana tinggal berdekatan sebuah pusat latihan golf di Pandan Perdana di sini.

Ah Chai yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana berkata, setiap kali kejadian bola golf melantun keluar dari pusat latihan itu, dia akan mengutipnya bersama pemilik rumah kedai di Jalan Perdana 2/7.

"Setiap hari sepanjang tiga tahun lalu, kami berdepan dengan 'bola golf terbang' ini. Kebanyakannya telah menyebabkan cermin kereta dan rumah pecah kerana jarak pusat latihan itu dengan rumah penduduk cuma 50 meter," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Ah Chai, sepanjang tiga tahun itu, sudah banyak kali aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tetapi beliau mendakwa ia tidak lebih sekadar 'mencurah air di daun keladi'.
 
Lama dah aku x main golf..

Apa pun mmg bahaya pada penduduk berhampiran lapangan sasar...
 
camner plak padang golf tu dekat sangat ngan taman perumahan..
 
Back
Top
Log in Register