BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahana Meninggalkan Solat

sekali lagi aku bagitau ... aku bkn ustaz atau ulamak.. bilal atau tok iman.. cuma aku sekadar bg peringatan.. dan pertanyaan itu rasanya tak salah.. sekadar bertanya bkn bermaksud aku ni nak berlagak atau apa.. kerana solat ini bagi aku satu perkara wajib.. dan tak salah jugak bila melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ditegah.. cuma aku nak tau kenapa ko cakap Allah tu hanya pada nama beb..apa pun takde...yang kite nak tau, tuan empunya nama... bukan nama... bole bg penjelasan tak?

Bro, terima kasih kerana memberi peringatan kepada semua agar tak meninggalkan solat.
tapi tolong jaga jugak adab berforum, jgn nak gaduh2.
Nak berdakwah dekat CG ni mmg dialu-alukan, tapi biar cara dakwah tu matang. kitorang bukan budak2 sekolah.
 
aku ni bukan kate tok imam, aku ni lagi hina dr perompak beb... sebab apa ek aku kate hanya pada nama?????? ok, kau panggil tuhan kau Allah? Org cina pun panggil Tuan Ala, Paderi pun ade yang panggil Allah, so adekah mereka menyebut tentang sesuatu yang sama? tu sebab aku kate, itu hanya pada nama.. yang kite nak kenal, bukan nya nama die... kalau nak kenal nama die, pi lah hafal 99 nama tu... hindu, india, kristian pun tau Allah beb... tapi Allah yang mana? tu lah aku kate, itu hanya pada nama... tak penting semua tu..yang kite nak kenal, tuan empunya nama.. bukan nama nye...baru lah makne kite kenal.. ni kalau takat kenal nama, tapi tak tau sape empunya nama, sama lah kite cam agama2 lain... aduh aku ni dah lah dicop sesat, masuk neraka... sure ngan statement ni, aku akan dicop g... kau pikir ngan neutral... kalau kau pikir apa yang aku tulis, kau asyik nak belasah je, memang tak tercapai lah muzakarah... nak no hp aku, pm..aku bagi..kite sembang sambil minum teh,..... lagi syok beb....mana lah tau nanti aku jumpe kau, kau leh ajar aku solat, leh bawak aku kepangkal jalan..amin...haq..
ayat yang paling sesuai mcm nabil ckp, lu pikir la sendiri..:D
 
Bro, terima kasih kerana memberi peringatan kepada semua agar tak meninggalkan solat.
tapi tolong jaga jugak adab berforum, jgn nak gaduh2.
Nak berdakwah dekat CG ni mmg dialu-alukan, tapi biar cara dakwah tu matang. kitorang bukan budak2 sekolah.

bro godfella.. mana ada gaduh2.. kitorg berbincang jer.. lepas ni kitorg nk pi kena teh tarik.. sambil nk ajar dia solat. hahahaha:)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :))
 
tq..bro..sembahyang kejap je, jauh beza ngan ngadap PC...
 
bro godfella.. mana ada gaduh2.. kitorg berbincang jer.. lepas ni kitorg nk pi kena teh tarik.. sambil nk ajar dia solat. hahahaha:)) :)) :)) :)) :)) :)) :)) :))

ak r ma..mana ade gado2...muzakarah namanye... kan kan kan??? ok bro papahal pm wa... teh tarik!!!
 
Bro, terima kasih kerana memberi peringatan kepada semua agar tak meninggalkan solat.
tapi tolong jaga jugak adab berforum, jgn nak gaduh2.
Nak berdakwah dekat CG ni mmg dialu-alukan, tapi biar cara dakwah tu matang. kitorang bukan budak2 sekolah.

aku je budak sekolah kat sini kot.. sekolah aku x abih abih sampai ke liang lahad.
 
Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.

3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.

3. (su'ul khatimah)

4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan< LI>)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat

2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.

3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Sumbangan :-

"Pak Syaikh"

Kluang/Pasir Gudang Johor



sebelum Rasulullah wafat... baginda menyuruh umat nya jangan meninggal kan solat.. tapi kenapa kita masih berdegil.. dan siapa kah kita di sisi Allah.
 
Back
Top
Log in Register