BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahana Meninggalkan Solat

bg org2 yg bertaubat.. insaf shj x guna..
yg penting.. insaf dan praktik dengan apa jua cara bagaimana untuk meningkat kan iman didada...
 
Untuk renungan bersama....



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya

berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.



Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai

perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk

mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu

mempertahankan diri dan maruah sebagai

seorang wanita muslim.



Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang

sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.



Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

:) :) :) :)
 
wahai Tuhan,
ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
ampun kan lah dosa-dosa ku
terimalah taubat ku..
sesungguhnya Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar.

selepas bangun dinihari untuk solat, selepas solat kosongkan fikiran dan baca doa ini dengan suara yang lembut dan slow2..nescaya anda akan terasa sesuatu yang menusuk di kalbu. Cubalah......Insyaallah............
 
selepas bangun dinihari untuk solat, selepas solat kosongkan fikiran dan baca doa ini dengan suara yang lembut dan slow2..nescaya anda akan terasa sesuatu yang menusuk di kalbu. Cubalah......Insyaallah............

"getaran" tu yg takleh tahan... tegak bulu roma :)
 
"getaran" tu yg takleh tahan... tegak bulu roma :)

ITULAH YANG MEMBUATKAN KITA RASA TAWADUK DAN TERASA KELAZATAN IMAN..MANISNYA IMAN. SAMA2 BERMUASABAH DIRI...
 
ramai anak muda ketagih rokok dan dadah
fasal susah nak ketagih solat.
 
alhamdulillah. subuh dah selesai.
 
dah terlampau ramai orang tak solat kat negara kita ni, mungkin kurang penekanan sejak kecil dari mak ayah hingga mereka rasa solat ni untuk orang alim dan warak saja.

kadang2 lucu juga bila kita tgk pompuan yang free hair dan tak tutup aurat bercakap pasal agama dan imam. saya tak tau sama ada saya yang keliru atau pun mereka?
 
Back
Top
Log in Register