BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahana makan wang haram

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pembantu mekanik yang menjual dadah sebagai aktiviti sampingan ini ditahan di rumah neneknya dekat Sungai Buaya, malam kelmarin.
< 1 / 1 >
DUNGUN – Walaupun hanya bekerja sebagai pembantu mekanik di sebuah bengkel kereta, namun seorang pemuda mampu hidup selesa seperti seorang eksekutif apabila meraih pendapatan sampingan mencecah RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun, pendapatan diperoleh lelaki bujang berusia 24 tahun itu tidak boleh dibanggakan kerana ia hasil kerja haram menjual dadah.

Segala tembelang suspek terbongkar selepas polis narkotik Dungun menggeledah rumahnya dekat Sungai Buaya, di sini, dalam satu serbuan kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek cuba melarikan diri dengan terjun di kawasan selut lalu berlaku pergelutan sebelum dia diberkas.

Penemuan lebih 100 pil kemerahan disyaki pil kuda dalam poket seluar dipakainya dan sejumlah wang tunai dalam plastik di rumahnya, menjawab dakwaan mengaitkan suspek dengan aktiviti pengedaran dadah.

Suspek sebelum ini juga dikatakan menjadi tumpuan penagih bagi mendapatkan bekalan dengan menjadikan rumah neneknya sebagai transit untuk membekalkan dadah, yang dipercayai dilakukannya sejak dua tahun lalu.

“Jual pil kuda dapat keuntungan lebih lumayan. Tak perlu buat kerja berat, wang dapat banyak, tunggu orang datang ambil sahaja,” katanya yang sempat ditemui Sinar Harian ketika dibawa ke lokap untuk siasatan lanjut.

Suspek yang popular dengan nama Lingam dalam kalangan mat gian dan pernah ditahan polis kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara serta denda.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
 
jual dadih la..polis pun x kacau
 
ya, oklah dah tertangkap sebelum lebih jauh tersesat.
 
"Tak perlu buat kerja berat, wang dapat banyak, tunggu orang datang ambil sahaja"

PEMALAS ni.. kerja nak mudah saja.. nk goyang kaki dapat duit byk..
 
biasalah sepai2 polis nie bnyak...pura2 jadi pembeli...
 
tahniah polis. kalo aku menteri malaysia barua ni aku hukum tembak kalayak ramai mayat digantung bawah tiang lampu.
 
Back
Top
Log in Register