Bahana baca SMS

CG Sponsors




kukaya

Fun Poster
Joined
Oct 21, 2009
Messages
131
Reaction score
0
Points
10
KUALA LUMPUR: Menyayat hati apabila seorang isteri diseret suaminya sejauh beberapa meter dari kereta dinaiki hingga menyebabkan mangsa berlumuran darah tidak sedarkan diri selain mengalami gegaran otak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 39, yang ditemui wartawan semalam berkata, kejadian malang yang menimpanya itu rentetan pelbagai bentuk penderaan mental dan fizikal yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, suaminya yang juga seorang anggota tentera di Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh di sini sudah sekian lama bersikap dingin terhadap dirinya dan anak-anak selepas dipercayai menjalin hubungan intim dengan seorang gadis.

“Sikapnya itu menyebabkan saya mula mengesyaki suami menyembunyikan sesuatu apatah lagi selepas mendapati sikap anehnya yang kerap tidak berenggang dengan beg dibawa. Malah, empat telefon bimbit miliknya turut ‘pantang’ disentuh sesiapa.

“Namun, kesempatan ketika dia sedang lena tidur petang kelmarin, menyebabkan saya cuba memeriksa satu telefon bimbitnya sebelum menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) mencurigakan jam 8 malam,” katanya.

Bagaimanapun, tindakannya itu disedari suami yang kemudian memaki hamunnya.

“Tidak cukup dengan itu, suami saya menumbuk pintu almari hingga pecah menyebabkan anak-anak saya menjerit ketakutan kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Katanya, suaminya kemudian mengunci pintu rumah sebelum beberapa minit kemudian membuka pintu dan terus menghamburkan kata-kata kesat kononnya dia sengaja ingin memalukannya kepada jiran.

“Suami saya kemudian bergegas menuju ke arah kereta sebelum saya mengekorinya dengan niat cuba untuk meredakan ketegangan berkenaan. Namun, sebaik saya cuba membuka pintu kenderaan dan masuk ke dalamnya, suami menekan minyak sekuat hati menyebabkan saya yang ketika itu masih memegang pintu kereta terheret sebelum terhumban jatuh ke atas jalan raya.

“Akibat kejadian itu, kepala saya terhantuk ke atas jalan hingga menyebabkan saya hampir pitam,” katanya.

Dia berkata, kejadian itu menyebabkan dahi, lengan kanan dan kakinya berdarah selain ubun kepalanya sakit akibat hentakan kuat.

“Saya tidak percaya suami tergamak melakukan perkara itu, malah langsung tidak berhenti menolong walaupun menyedari saya terpelanting selepas kereta terbabit dipecut laju.

“Dengan bantuan kakak dan ibu bapa mentua, saya dibawa mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang jam 12.30 tengah malam semalam,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemeriksaan X-Ray mendapati dia tidak cedera serius namun kesan kemalangan itu menyebabkan dia muntah selain mengalami rasa sakit pada seluruh tubuh.

“Ini bukan kali pertama saya diseksa berikutan sebelum ini mata saya pernah ditinju hingga lebam berdarah pada Aidiladha lalu di hadapan anak-anak hanya kerana kesilapan kecil. Sikap panas baran suami semakin menjadi-jadi sejak dua tahun lalu hingga langsung tidak mahu bertegur sapa dengan saya dan anak-anak.

“Jika ditanya, suami kerap mengherdik dan memberi alasan `saya lelaki dan saya boleh buat apa saya suka’ atau `awak jangan ambil tahu’. Pernah saya cuba mengambil hatinya namun kepala saya sebaliknya dihentak pada dinding rumah dan peti sejuk hingga bengkak,” katanya.

- Harian Metro
 
Last edited:
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
suami bukan hak mutlak. sekatan yg begini akan buat laki jadi gila..

kan dah gila tu, siapa susah?
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,355
Reaction score
432
Points
131
dah lama dah dia kena..nape x report awal2...

dah jadi macam ni..baru nak masuk paper
 

mustang rider

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
apa la punya laki, x suka cerai jer la x yah nak dera, mmg x ada hati perut la.......~X(~X(~X(




:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

cerner

Fun Poster
Joined
Jan 21, 2007
Messages
906
Reaction score
4
Points
15
orang kita makin ramai yang gila dah skrg..
ntah apa2.. masalah mental semua..
xtau lah ape nak jd skrg..
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..bagi aku lelaki terutama askar yg berpangkat rendah mmg mcm ni...aku rasa mental diorg ni xberapa kuatla..mana xnya...tensen dgn pegawai,diorg takleh nak balas..so yg jd mangsa bini2 depa la..erm...
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
xde tempat nak lepas tensen..kot
 

kukaya

Fun Poster
Joined
Oct 21, 2009
Messages
131
Reaction score
0
Points
10
erm..bagi aku lelaki terutama askar yg berpangkat rendah mmg mcm ni...aku rasa mental diorg ni xberapa kuatla..mana xnya...tensen dgn pegawai,diorg takleh nak balas..so yg jd mangsa bini2 depa la..erm...
mgkn ada benar jgk...:-?
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Adeh!! Kekadang aku sendiri pon x paham perangai LELAKI sekarang ni walaupon aku ni sendiri LELAKI.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register