BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahan api berasaskan air

Kenapa x dikomersilkan utk digunakan kat enjin Pertol?
Kalo sume orang leh guna baru la bermanfaat
 
Kenapa x dikomersilkan utk digunakan kat enjin Pertol?
Kalo sume orang leh guna baru la bermanfaat

mudah saja ... certain parties nak kena protect :D:-? ... anologi nya macam ni.. apa akan jadi kepd proton dan produa kalo duti import/AP/cukai bagi kereta dari negara luar dihapuskan ?
 
lliance Eco Energy Guna Air Untuk Hasilkan Bahan Api

KANGAR, 21 Jun (Bernama) -- Sebuah syarikat Bumiputera membuktikan air juga boleh diproses sebagai bahan api dan mendakwa ia adalah teknologi pertama seumpamanya di dunia.

Alliance Eco Energy (PS) Sdn Bhd yang beroperasi di Wang Kelian, sebuah perkampungan di pinggir sempadan Malaysia-Thailand itu menggunakan 45 peratus air bagi menghasilkan bahan api dengan jenama "Banapi."

Pengarah Urusan syarikat itu, Azrol Hidzam Hussin berkata hari ini, selain air sungai, air laut dan air paip, sebanyak 55 peratus lagi bahan terdiri daripada 16 jenis bahan kimia yang diimport dari Korea.

Katanya, pengeluaran produk yang dikenali sebagai "bahan api hijau" itu tidak akan menghasilkan sisa kotoran dan bahan buangan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar secara umumnya atau memudaratkan kesihatan manusia.

Menurutnya, bahan api itu juga selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandungi bahan beracun, tiada asap, tiada gas buangan, tidak menghasilkan sisa industri serta dapat mencegah daripada insiden berbahaya.

"Bahan api itu yang berbentuk air jernih mempunyai tenaga panas yang kuat serta nilai kalori yang lebih tinggi berbanding gas cecair," kata Pengarah Urusan berusia 33 tahun itu kepada para pemberita.

Azrol Hidzam berkata syarikat yang diwujudkan pada Oktober 2009 itu bercadang menjual bahan api itu pada harga RM1 seliter iaitu lebih murah berbanding diesel yang berharga RM1.80 seliter namun penetapan harga masih belum dilakukan.

Menurutnya, Banapi akan dipasarkan kepada pelbagai pihak termasuk badan kerajaan, perhotelan, universiti dan sekolah, pembangunan bandar dan industri perkilangan.

Syarikat itu telah melabur RM6 juta bagi membina kilang di Wang Kelian dan sebagai permulaan tujuh tenaga kerja mahir telah digunakan.

Katanya, bahan api untuk kegunaan industri dan domestik seumpama itu telah digunakan secara meluas di China dan syarikat itu bercadang mengembangkan pasarannya ke beberapa negara termasuk Kemboja, Thailand, India dan Iran.

-- BERNAMA
 
Katanya, bahan api untuk kegunaan industri dan domestik seumpama itu telah digunakan secara meluas di China dan syarikat itu bercadang mengembangkan pasarannya ke beberapa negara termasuk Kemboja, Thailand, India dan Iran.

ada susah sikit nak caya. :-?
 
mudah saja ... certain parties nak kena protect :D:-? ... anologi nya macam ni.. apa akan jadi kepd proton dan produa kalo duti import/AP/cukai bagi kereta dari negara luar dihapuskan ?

awat gomen takmau tarik depa nie jd glc
nak protect2 huduh sgt perangai

nanti bro bukak la 1 thread pasal nie
menarik gak dengaq
 
mak ai... ni dah baik, bayangkan semue gune banapi.. petrol tu leh letak tepi dah.. tp, banapi ni utk gantikan diesel atau petrol?
 
mana nak dpt ni bro....kasi bengkrap petronas...haha
 
rumor jer lebih nie...evident tak ada
 
tak bley caya pon...
klu btol jual la cepat..
ni citer je lebey bai tak payah...
 
Petronas ,Shell, Mobil, Esso etc... tak kan benarkan teknologi ni di komersilkan...bankrap la depa :p
 
Back
Top
Log in Register