myzaem
Fun Poster
- Messages
- 815
- Joined
- Jun 4, 2010
- Messages
- 815
- Reaction score
- 4
- Points
- 15
PADANG BESAR: Sejenis bahan bakar ciptaan terbaru berasaskan air dikatakan mampu mengurangkan pergantungan kepada diesel dan petrol, selain harganya lebih murah iaitu sekitar RM1 seliter.
Bahan api dikenali Banapi itu dihasilkan sekumpulan penyelidik diketuai rakyat Malaysia, Datuk Ng Long Seng dengan kerjasama kerajaan China dan digunakan secara meluas di sebuah wilayah di republik terbabit.
Banapi bukan saja dicipta khusus dengan mengutamakan konsep mesra alam, malah terbukti menjimatkan kos sekali gus sesuai digunakan dalam industri perkilangan menggantikan bahan api lain termasuk diesel.
Sebuah syarikat Bumiputera, Alliance Eco Energy (Ps) Sdn Bhd (Alliance Eco Energy) memperoleh mandat mengeluarkan Banapi bagi kegunaan komersial menerusi kilangnya yang siap dibina di Wang Kelian, dekat sini, baru-baru ini.
Pengarahnya, Adzrol Hizam Hussin, 33, berkata Banapi menggunakan air sebagai bahan asas utama dan memerlukan campuran khas dengan 16 bahan kimia tertentu untuk membolehkannya bertindak sebagai bahan bakar.
“Banapi yang melepasi proses penyelidikan selama enam tahun itu kini sudah diterima dan diguna pakai industri di Beijing terutama restoran dan loji. “Sekarang sudah tiba masanya, Banapi dibawa pulang ke Perlis untuk kegunaan industri di Malaysia,” katanya selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe ke kilang berharga RM6 juta itu, semalam.
Bahan api jenis ni dah ada.. Tak ada sape nak cipta enjin keta ker yang pakai bahan api ni. Cepat ambil peluang ni, sure business bagus punya.