BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahagian Belakang Dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

Bahagian Belakang Dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) Terbakar​

ac06bb4e678e39e1cfeb881e34bb3ce36a05c98a39fde

Kredit: Bomba

Bahagian belakang dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) di sini dilaporkan terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, Penolong Penguasa Bomba Dianty Hussain berkata kebakaran tersebut melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan dengan anggaran keluasan yang terbakar kira-kira 12 x 50 kaki persegi.

"Kita menerima panggilan pada 6.10 petang tadi dan dengan kekuatan 12 anggota, api dapat dikawal sepenuhnya pada 6.30 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi.

Beliau berkata kebakaran itu tidak melibatkan mana-mana mangsa kerana sesi persekolahan telah tamat.

"Ketika itu sudah habis sesi sekolah dan tindakan pantas ibu bapa yang berada di kawasan sekolah membantu mengawal keadaan dengan menghalang pelajar mendekati kawasan terbakar hinggalah kami selesai membuat kerja-kerja pemadaman," katanya.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register