BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagi tempoh peniaga online daftar SSM

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Puteri Umno menggesa agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi kelonggaran masa kepada peniaga-peniaga online terutama yang menggunakan laman sosial sebagai platform untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, langkah itu akan memberi ruang kepada semua peniaga online itu memenuhi segala syarat yang digariskan SSM.

"Puteri Umno menyedari bahawa langkah mendaftarkan perniagaan online walaupun ia hanyalah perniagaan secara kecil-kecilan sebenarnya memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pengguna atau pembeli tetapi lebih penting faedah kepada peniaga itu sendiri.

"Oleh kerana itu, SSM wajar memberi kelonggaran dari segi masa atau tempoh bagi peniaga-peniaga ini menguruskan hal-hal pendaftaran untuk menubuhkan syarikat atau yang berkaitan dengannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, langkah itu diyakini akan menarik lebih ramai peniaga online untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

Malah beliau mencadangkan agar SSM mengadakan program penerangan kepada peniaga-peniaga online berhubung peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012 yang dipinda di Parlimen baru-baru ini agar mereka lebih jelas dengan perkara-perkara berbangkit.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberitahu sidang Dewan Negara, peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.

Katanya, perkara itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/bagi-tempoh-peniaga-online-daftar-ssm-1.343947
 
Back
Top
Log in Register