BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagi Betis Nak Paha..

papabaik

Active+ Member
Messages
4,435
Joined
Feb 21, 2012
Messages
4,435
Reaction score
153
Points
33
Last edited:
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ( kanan ) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.
 
aku baca tajut tt...ingatkan bg rojak petis...tapi nak paha ayam plak...:D:D:D
 
Pendidikan mesti percuma.tangungjawab kerajaan,yg ko tt apasal meroyan?nak kene tempeleng?
 
kos pentadbiran yg dikenakan masih agak rendah berbanding negara jiran.
 
betuI tuh..
tajudin dah apply pinjaman,bayar lah balik!!!
Ape kejadah nak lupus hutang dan bagi pree pulak hutang pinjaman....
Diorang ni orang Islam ke ape? Adoi.... ~X( ~X( ~X(

:D:D:))
 
Convert jadi biasiswa untuk yg cemerlang boleh la... ni kalau kaki ponteng, CGPA atas pagar, fail memanjang, ponteng selalu, ada hati nak dapat keistimewaan seperti budak2 pandai apa kejadah... habis tu budak2 yg cemerlang tak de beza la dengan hangpa2 semua... :D

bagus2... la ni dengan loan pun beribu2 budak2 Melayu kantoi, communication fail, result kecundang... ni kan pulak FREE... bebal2....

Pi perjuangkan FREE education untuk budak2 cemerlang aku sokong 100%... kalau FREE education untuk budak2 ***** sekali... tak tau la nak cakap macam mana... :D
 
Last edited:
Pendidikan mesti percuma.tangungjawab kerajaan,yg ko tt apasal meroyan?nak kene tempeleng?

Aku setuju pendidikan mesti percuma. Tapi negara kita tak sampai lagi tahap tu. Jadi mana boleh buat keputusan sendiri? Macam ko beli kete, pastu halfway bayar, nak mintak pree kat bank. Boley?? :eek:
 
Back
Top
Log in Register