azizriadi
Active+ Member
- Messages
- 4,117
- Joined
- Sep 4, 2007
- Messages
- 4,117
- Reaction score
- 58
- Points
- 30
Salam. Yang ni jenis assurance ka atau takaful ka?
Actually apa yang you nak?..utk retirement kan?...
Sekarang nie, berapa you nak monthly income you bila you retire?..and berapa lama agak2nya kita nak income tu. Sebagai contoh, kita start retire umur 60 tahun, dan sebulan kita nak income kita RM 5,000 utk cover expenses. And kita budget sampai umur 80 tahun iaitu selama 20 tahun.
So, 5,000 x 12 bulan = 60,000 setahun. 20 tahun = 1.2 Juta you kena ada utk pastikan every month you dapat RM 5,000 selepas you bersara.
So, skrg nie you kena target and usaha utk dapatkan Rm 1.5M sebelum you retire.
Banyak cara, pakai takafulink pun boleh, pakai Pru Retirement Accumulator pun boleh, cuma kalau Pru Retirement Accumulator tu ada portion yang dijamin. Kalau takafulink atau investment link, return tidak dijamin. Cuma you mungkin berpeluang utk dapat return yang lebih tinggi.
Bukan apa, saya tengok, you nie dok sibuk cari product itu ini, tapi sebenarnya you faham ke tidak apa yang you nak?....kalau you faham, semua tools tu boleh digunakan. Sebab conceptnya sama je. Kalau nak tau details lagi, meh jumpa saya, saya boleh tunjukkan.
Kalau dok tanya2, tapi tak amik action, masa berlalu dengan pantas. Kita tak sedar, dari sehari ke sehari kita berlengah utk menyimpan utk wang persaraan kita, semakin lambat le kita dapat, atau semakin tinggi le kita perlu simpan.
Analogi nya senang je. Kalau kita nak mendaki gunung (retirement)...kita mendaki dari awal, pendakian landai, dan kita kurang penat nak mendaki. Tapi, kalau dah meningkat umur, pendakian menjadi semakin curam, masa pendek, kita perlu mendaki dengan pantas (mencarum dengan jumlah yang tinggi)...utk sampai ke puncak.
Itu je nasihat dan pesanan saya. Nak dengar, dengar, nak faham, faham, nak ikut, ikut. Kalau tak nak, fikirkan le sendiri.
