BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Backtrack5/Kali Linux - Segalanya tentang Pentesting

Untuk tengok Webcam dari PC lain blh guna backtrack tak tt?
 
terus terang cakap,
walaupun aku minat dan selalu main BT tapi apa yg tt tanah nukilkan disini terlalu advance bagi aku. susah aku nak faham. tapi ilmu tetap ilmu. thks tt.:D
 
Untuk tengok Webcam dari PC lain blh guna backtrack tak tt?

boley bro,guna metasploit,dan bila dah dapat masuk sistem/"meterpreter session"..taip webcam_snap...kalau tak faham lagi bab metasploit,cuba check balik nota yang kawan tulis tentang metasploit:)cgrock
 
Last edited:
boley bro,guna metasploit,dan bila dah dapat masuk sistem/"meterpreter session"..taip webcam_snap...kalau tak faham lagi bab metasploit,cuba check balik nota yang kawan tulis tentang metasploit:)cgrock

ok tq boss :)cgrock
 
Aku dulu penah keje line IT sekuriti..ada CEH/CHFI.Aku dah dah lama minat ngan penetration testing ni tp sayang xdpt mendalami sbb bz dgn benda lain dulu.

So skang aku plan nk setup satu lab lengkap dgn perkakasan utk real time pen testing then aku nk ajak sapa2 penggemar IT sekuriti join dan sama2 berkongsi idea dan teknik..kira cam weekly perjumpaan sebagai aktiviti hujung minggu.

Lau TT n kawan2 berminat sy akan mulakan lam masa terdekat ;)

dah join sebab berminat tapi x byk knowledge...
 
parking dulu. ak skng jadi tester kene dalami ilmu2 cenggini
 
TT boleh buat ebook ni.kalau free cergas den sambar.kalau bayar sikit pun de cergas
 
Melepasi Sekatan Captive Portal Pada Hotspot(Wifi) Berbayar

Captive Portal adalah salah satu portal berbayar dimana anda perlu membuat/membeli kad prabayar terlebih dahulu supaya anda dibenarkan akses untuk melayari internet contoh nya seperti TM Wifi, Mamak Spot dan pelbagai lagi. CP biasa boleh dijumpai di kawasan seperti taman – taman, Pasaraya, asrama, banggunan rumah teres dan pelbagai tempat lain. Terdapat pelagai cara untuk melepasi sekatan tersebut dan disini akan membincang hanya satu kaedah iaitu menggunakan kaedah menukar alamat MAC


Ep24-BypassHotspotsAccessControlsavi_000099933_zps0ecfc464.jpg

Perlu di ingatkan bahawa, langkah ini hanya boleh dilakukan sekiranya rangkaian/wifi/hotspot tersebut terdapat pengguna berbayar yang sedang menggunakannya dan ianya akan menyebabkan pengguna/pelanggan asal akan terputus dari sambungan.

Ep24-BypassHotspotsAccessControlsavi_000014481_zpsf4938996.jpg
[/URL]​

Langkah – langkah

1.Kenal pasti terlebih dahulu pengguna asal supaya kita dapat menyalin alamat MAC. Terdapat dua langkah untuk mengenal pasti pengguna yang sedang menggunakan hotspot yang disasarkan. Anda boleh menggunakan tools nmap, taipkan
nmap –sP 192.168.1.1-255

Penerangan :
target jarak alamat ip,sekiranya alamat ip dalam rangkaian adalah berbeza sila pastikan terlebih dahulu menggunakan arahan “ifconfig”

Sekiranya rangkaian anda tidak membenarkan untuk “scan “ anda boleh menggunakan kaedah kedua iaitu menggunakan tools airmon-ng. Buka terminal baru dan hidupkan mode “monitor” dengan menaip

airmon-ng start wlan0

sekiranya interface anda berbeza dengan arahan diatas, taipkan interface anda. Boleh gunakan arahan “ifconfig” sekiranya tidak pasti. Selepas menghidupkan mode “monitor” taipkan

airodump-ng mon0

akan keluar pelbagai rangkaian beserta alamat MAC. Kenal pasti sasaran, sebagai contoh gambar dibawah, kita mensasarkan Wifi berbayar “attwifi”

Ep24-BypassHotspotsAccessControlsavi_000136469_zpsf4f4a4dc.jpg

Selepas dapat maklumat serperti alamat MAC asal rangkaian yang disasarkan, anda boleh menghentikan proses dengan menekan butang kunci “Ctr’+C” secara serentak.

Dengan matlumat yang kita sudah dapat seperti alamat MAC, channel, teruskan langkah seterus dengan menaip

airodump-ng --bssid 00:1E:13:42:BE:60 –c1 mon0

Penerangan :
--bssid : alamat MAC yang disasarkan
-c : channel wifi tersebut
mon0 : interface monitor mode

Apabila arahan diatas ditaip dengan betul akan keluar data-data yang ditapis supaya kita dapat melihat alamat MAC pengguna/pelanggan asal supaya kita dapat menyalinkan alamat MAC tersebut. Sebagai contoh seperti gambar dibawah, kita akan mensasarkan alamat MAC 00:22:FA:47:93:86 sebagai mangsa. Salin alamat MAC tersebut.

Ep24-BypassHotspotsAccessControlsavi_000169235_zps9fb691a7.jpg

Matikan proses airodum-ng dengan menekan butang “Ctrl+C”.

2.Setelah berjaya mendapatkan maklumat MAC mangsa, matikan adapter network dengan menggunakan arahan

ifconfig wlan0 down

Penerangan:
Wlan0 : Sekiranya interface anda berbeza, dapatkan terlebih dahulu dengan menggunakan perintah “ifconfig”

3.Adapter anda akan dihentikan sebentar, langkah seterusnya tukar alamat MAC anda dengan alamat mangsa dengan menaip

macchanger –m 00:22:FA:47:93:86 wlan0



4.Hidupkan semula adapter anda dengan menaip

ifconfig wlan0 up

Sekiranya anda melihat maklumat tentang alamat mac pada “ifconfig” anda akan dapati alamat MAC anda telah bertukar dengan alamat MAC mangsa.
Setelah berjaya, sambungkan semula adapter anda ke rangkaian/hotspot/wifi dan boleh terus melayari internet tanpa perlu mengubah apa – apa tetapan selepas itu.

Ep24-BypassHotspotsAccessControlsavi_000294093_zpsd793ac0c.jpg
 
Back
Top
Log in Register