BTC USD 84,264.6 Gold USD 4,128.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BaB1 lagi mulia dari manusia?

jangan tinggal solat fardhu.....

peringatan yg kena ingat selalu...thanks TT
 
firman ALLAH Azza Wa Jalla :

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

yg brmksud kira2 :

"dan minta la pertolongan dgn bersabar serta mengerjakan solat dan sesungguhnya (solat itu) sangat la berat (bagi mengerjakannya)
kecuali mereka (org2) yg patuh (iaitu tanda seorg hamba yg sangat berkehendak kpd Tuhannya)". (al-baqorah nombor ayat tak ingat)
 
seorang hamba Allah mengajak sahabatnya solat.lalu sahabatnya menjawap."taknaklah".Astaghfirullah....
 
tambahan, orang yg tinggal solat dgn sengaja lebih teruk daripada orang yang berzina
 
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east"..

Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah.

Amin Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi." Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."
(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing." Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai bab1."
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang bab1 akan kata dan siapakah yang bab1 akan bandingkan dengan dia... ) bab1 pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor bab1. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang" .


Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku? Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH

kdg2 org solat pun lebih hina dari bab1 sbb solat tidak mencegahnya dari perbuatan mungkar,solat sbb dah terbiasa,solat sebab org suruh,solat sbb nak tunjuk alim depan mak mentua,solat sebab adat dan lain2... kesimpulannya,jgnlah kita solat selain kerana Allah...fahamilah dan hayatilah solat itu dan sentiasalah kita berusaha utk memperbaiki solat,maka kita akan lebih rapat kpd Allah...insyaAllah..
 
Back
Top
Log in Register