Pak Janggut
Junior Member
- Messages
- 51
- Joined
- Sep 18, 2011
- Messages
- 51
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Gandingan hebat bakal berlaku dalam siri “Showcase Tour 2012” yang bakal mempertemukan Azlan & The Typewriter serta Shahrul Ekamatra. Showcase ini bakal menemui peminat mereka bermula di Diva City Plaza, Johor Bahru pada 13 Julai ini. Selain johor Bahru pihak penganjur, Coverline Entertainment juga bakal mengadakannya dibeberapa lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia.
Showcase yang bertemakan “Jeritan Batinku” turut membawakan segmen isitimewa, dimana Azlan akan berkolaborasi bersama gitaris lagenda tahun 90an iaitu Shahrul Ekamatra. Persembahan ini bakal berlangsung selama 1 jam 30 minit dimana ianya terbahagi kepada 2 segmen.
Selain Johor Bahru, “Showcase Tour 2012” akan meneruskan persembahan di Melaka (7 September), Pulau Pinang (5 Oktober), Kuantan (9 November) dan melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur pada 7 Disember. Showcase ini hanya mensasarkan bilangan penonton seramai 1000 hingga 1500 penonton bagi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati alunan muzik sebenar selain dapat beramah mesra dengan Azlan & The Typewriter serta Shahrul Ekamatra.
“Bagi lain-lain lokasi pihak kami tidak dapat memberikan informasi ketika ini, ianya akan diberitahu dari masa ke semasa samada melalui media online mahupun media bercetak. Anda juga boleh mendapatkan informasi terkini berkenaaan dengan showcase ini melalui facebook yang akan kami ‘update’” ujar Farhan selaku wakil dari Coverline Entertainment
“Bagi setiap lokasi, para peminat turut disajikan dengan ‘opening act’ dari band tempatan yang akan dipilih disamping penganjuran “Battle Of The Band” yang bakal diadakan selepas tamat persembahan. Ianya mungkin dilihat agak janggal tetapi inilah kelainan yang cuba diterapkan kerana ketika inilah peminat dapat bersantai bersama artis yang membuat persembahan” tambah beliau lagi ketika sidang media yang telah diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya dapat rasakan showcase ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan peminat muzik apatah lagi rangkuman pemuzik lama iaitu Shahrul Ekamatra sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat rock di kalangan generasi baru mahupun generasi lama yang dahagakan petikan gitar dari gitaris yang mendapat jolokan “Jason Becker Malaysia”” Ujar Azlan.
“Rasa bangga apabila dapat bekerjasama dengan Azlan & The Typewriter, apatah lagi pada saya beliau memiliki keisitmewaan tersendiri khasnya pada vokalnya yang cukup unik. Disamping itu saya dapat mengenali peminat ‘baru’ dan saya berharap agar ianya menjadi platform serta dimensi baru dalam dunia hiburan tanah air khususnya irama rock”, ujar Shahrul.
“Showcase Tour 2012” akan membuka lembarannya di Diva City Plaza Johor Bahru pada 13 Julai ini. Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam. Bagi yang ingin menyaksikan persembahan ini bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM55, tiket-tiket boleh didapati di Diva Taman Suria, Diva Seri Alam, Alibaba Karaoke, Diva City Plaza dan Music Valley (Angsana Johor Bahru). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 012-3003142 atau lungsuri www.facebook.com/coverline.entertainment
http://img33.imageshack.us/img33/4315/59870587.jpg
http://img198.imageshack.us/img198/6918/58363413.jpg
http://img4.imageshack.us/img4/5131/72226108.jpg

Attachments
-
60.1 KB Views: 42
-
99.9 KB Views: 42
-
67 KB Views: 40