BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azam Baki dilantik semula KP SPRM

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
26hm12raAZAM-4_1715328812.jpg


PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun, berkuat kuasa Ahad ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan semula Azam diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

"Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata, pelantikan itu juga selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Ini adalah kali kedua perkhidmatan Azam disambung untuk menerajui SPRM selepas kali pertama dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 12 Mei tahun lalu.

Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984.

Jawatan pertama Azam di badan itu adalah penolong pegawai siasatan, selain pernah berkhidmat sebagai pegawai perisikan, pegawai pendakwaan, selain menjalankan tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.

Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azam mempunyai kelulusan diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan ijazah sarjana daripada Asia E-University.

Selasa lalu, Azam Baki tidak mahu mengulas apabila ditanya sama ada kontrak beliau yang berakhir Ahad ini akan disambung.

"Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, ...saya ada masa hingga 12 Mei ini.

"Itu tarikh birthday (hari lahir) saya... sesiapa nak bagi birthday gift (hadiah) boleh beri," katanya ditemui pada Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Saya akan laksana tanggungjawab penuh integriti – Azam​

WhatsApp-Image-2024-05-10-at-6.53.39-PM-750x522.jpeg


PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki memberi jaminan akan memastikan amanah pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaksanakan sepenuhnya.

Azam dalam kenyataan berkata, beliau juga akan manjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“SPRM juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini,” katanya tadi.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun, berkuat kuasa 12 Mei ini.

Katanya, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. – KOSMO! ONLINE

 
Back
Top
Log in Register