ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Rumah teres Azalea ditambah kerana permintaan tinggi.
SIME Darby Property (Sime Darby) akan menambah 34 lagi rumah teres dua tingkat Azalea di Nilai Impian fasa duaselepas mendapat permintaan tinggi daripada pembeli rumah.
Dalam satu kenyataan media, Sime Darby berkata, sebanyak 33 daripada 49 rumah teres dua tingkat berjaya dijual dalam masa 48 jam bagi jualan yang dilakukan sebelum ini.
“Sebanyak 83 rumah teres dua tingkat itu dijual bermula daripada RM539,888 bagi unit standard,” katanya.
Sime Darby berkata, Nilai Impian mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kajang -Serembandan Lebuh Raya Utara Selatan.
Sementara itu, Nain Presiden Kanan Hartanah Malaysia, Sime Darby Property Berhad, Mohd Salem Kailany berkata, Sime Darby yakin pemilik rumah di Azalea akan mendapat manfaat daripada kawasan sekelilingnya.