BTC USD 81,081.1 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayrex - ayrex.com

Ayrex Android 4.0.3

Pedagang Yang Dihargai,

apakah pendapat anda mengenai versi terkini aplikasi Android 4.0.3 kami, yang kini tersedia melalui Google Play?

Di samping perubahan yang ketara terhadap kelajuan keseluruhan apl, kami telah menyertakan beberapa ciri-ciri menarik yang mungkin anda ingin lihat!

Hari ini, semakin ramai pedagang yang mula memanfaatkan peluang untuk bekerja di mana-mana sahaja, bukan sahaja dari rumah, tetapi ketika bercuti atau pun semasa terperangkap dalam kesesakan trafik. Syarat dagangan mungkin kadang-kala sukar diduga, tetapi kita masih melakukan dagangan seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang membolehkan kita untuk bekerja melalui telefon pintar.

Pasukan kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada para pedagang bagi mempertingkatkan kemudahan dagangan kami. Atas permintaan ramai, kami telah memutuskan untuk menambah japanese candlestick ke dalam tetapan graf, yang memudahkan pedagang untuk melakukan dan dagangan serta operasi ketika dalam perjalanan.

Untuk mereka yang menanti-nantikan ciri ini bagi mendapatkan aplikasi berkenaan dan mula berdagang, adalah dimaklumkan bahawa semua opsyen deposit kami juga kini boleh didapati di dalam aplikasi.

Enggan melepaskan peluang anda untuk menjadi pedagang profesional? Cuba aplikasi Android kami pada bila-bila masa dan teruskan berdagang dengan strategi kemenangan anda!

8b67653b0acc453af7ff49f9d5b1620f.png


Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Last edited:
Bagaimanakah cara untuk menjadi pedagang profesional di Malaysia?
Terokai peluang dagangan baru bersama Ayrex dalam bahasa asli anda

Pedagang Yang Dihargai,
Kewujudan sejumlah besar platform dagangan opsyen binari berbeza menyebabkan kita sentiasa berusaha untuk mencari platform yang paling mudah dan efisien, khususnya platform yang kemas dan jelas untuk digunakan. Bukan semua klien kami merupakan penutur asli bahasa Inggeris, oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk menambahkan bahasa baru agar dagangan dapat dilakukan sepenuhnya pada peringkat antarabangsa.
Hari ini, kami amat teruja untuk mengumumkan bahawa klien kami di Malaysia akhirnya dapat melakukan dagangan melalui platform dan membaca berita terkini pada laman web kami dalam bahasa Malaysia! Tiada lagi salah faham, yang tinggal hanyalah perkongsian yang lebih jelas dan telus.
Log masuk ke dalam akaun anda, atau cipta satu akaun jika anda sedia untuk bermula, dan jadilah antara pengguna pertama untuk mencuba ciri terbaru ini!
Selamat berdagang kami ucapkan kepada semua dan jangan segan untuk berkongsi pendapat anda bersama kami, pada bila-bila masa!

20fd4c124e59d1c080d39f5d7634d658.png


Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Last edited:
Pedagang Yang Dihargai,

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan yang berlangsung pada minggu lepas dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta pusingan seterusnya!
Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam pertandingan percuma antara pedagang ini yang berlangsung 3 kali seminggu (pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat), jam 12:00 tengah hari waktu GMT, anda boleh berbuat demikian di halaman Pertandingan. Hanya pilih nama samaran dan avatar anda, dan mula bertarung untuk tempat terbaik pada papan kemasyhuran!
Di samping pengalaman dagangan yang berharga, yang dapat diperoleh melalui Pertandingan yang kami anjurkan, anda juga boleh menuntut satu daripada 8 hadiah dalam setiap pusingan yang bernilai sehingga $100! Tiada ikatan terhadap kemenangan anda, kerana kami tidak memerlukan anda untuk melengkapkan sebarang pulangan atau melakukan sebarang deposit. Hadiah yang diberikan dapat dikeluarkan sepenuhnya sebaik sahaja akaun anda disahkan (sekiranya sudah disahkan, anda boleh menghantar permintaan pengeluaran dengan serta-merta).
Jika anda berminat, apa tunggu lagi, mula bersaing!

8c3219f04b113f72598663341bcad2b0.png


Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Last edited:
Satu lagi kisah kejayaan dagangan
Baca temubual terperinci terkini kami bersama salah seorang daripada pedagang terbaik dan ketahui beberapa helah dagangan daripada beliau!

Sememangnya kita sudah mengetahui bahawa penting untuk kita saling berkongsi dan mendengar pendapat peribadi orang lain, yang kadang-kala dapat membantu kita untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang kita hadapi. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan melalui perbualan bersama para sahabat, memandangkan kita semua merupakan sahabat di sini, jadi kami merasakan bahawa patut untuk kami mulakan tradisi kecil ini dalam kalangan pedagang yang berjaya menerusi dagangan yang dilakukan bersama kami.

Kebanyakan daripada mereka mempunyai pelbagai petua dan nasihat untuk dikongsikan bersama kita semua, khususnya buat mereka yang masih teragak-agak sama ada untuk mengambil peluang ini atau pun tidak. Kami berharap bahawa temubual terperinci ini dapat membantu anda untuk melakukan keputusan dengan lebih baik.

Sahabat yang akan berkongsi kisah beliau bersama kita pada hari ini ialah Tom M. dari Uganda, yang telah berjaya melengkapkan Bonus Tanpa Deposit, dan berikut merupakan pendapat beliau:

1) Mengapakah anda membuat keputusan untuk memohon Bonus Tanpa Deposit?
Tom: “Seorang sahabat saya memberitahu mengenai platform Ayrex kepada saya. Bagus sekali untuk Ayrex menawarkan promosi tanpa deposit ini. Kemudian saya memutuskan untuk mencuba nasib kerana sahabat saya juga pernah mengambil bahagian dan berjaya memperoleh pengeluaran beliau”.

2) Adakah sukar untuk menyempurnakan syarat-syarat bonus?
Tom: “Agak sukar untuk menyempurnakan syarat-syarat bonus. Perkara yang telah membantu saya untuk berjaya merupakan kepantasan pelaksanaan pada platform Ayrex”.

3) Apakah nasihat anda kepada pedagang lain yang bercadang untuk memohon bonus ini?

Tom: “Saya ingin menasihati para pedagang baru supaya memohon bonus ini kerana anda tidak akan kerugian apa-apa malah semua keuntungan bakal menjadi milik anda. Yang paling penting. Sokongan pelanggan Ayrex sememangnya terbaik dan Ayrex sendiri merupakan broker terbaik buat saya. Saya berjaya memperolehi pengeluaran sebanyak $210 melalui promosi ini. Memang menakjubkan.

Bonus Tanpa Deposit kini masih tersedia untuk pedagang yang ingin memulakan dagangan pada Platform Sebenar, tetapi tidak ingin melakukan deposit menggunakan dana mereka sendiri lagi. Ia merupakan salah satu daripada peluang terbaik untuk memerhati cara platform beroperasi, mengetahui ciri-cirinya sambil berpeluang untuk memenangi keuntungan sehingga $200!

Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam aktiviti dagangan anda!

8JZIsyR.png
 
Ringkasan Berita Ayrex: November
Kenali broker opsyen binari kegemaran anda dengan lebih dekat!

Sambil kita semua menikmati hari-hari pertama di bulan Disember, kami ingin menyegarkan semula ingatan kami mengenai acara paling bermakna yang berlangsung sepanjang bulan lepas. Sekiranya anda memandang Ayrex sebagai broker yang perlu mendapatkan perhatian anda, artikel ini pastinya berguna buat anda. Pastikan anda tidak tertinggal sebarang perkara penting dan anda sedar akan semua perkara yang sedang berlaku.

Tanpa diragui, salah satu daripada pembangunan terkenal yang dilaksanakan ialah penyelarasan semula penuh terhadap Platform Demo kami yang kini lebih pantas dan mudah, malah masih percuma dan terbuka untuk semua. Tetapan carta yang diperbaharui, japanese candlestick, gaya serta kelajuan pelaksanaan keseluruhan yang dipertingkatkan pastinya mengejutkan, walaupun buat pedagang yang berpengalaman. Kami telah berjaya mengumpulkan ribuan maklum balas positif mengenai pembangunan ini dan merancang untuk memperkukuhkan Platform Sebenar tidak lama lagi!

Ramai pengguna sedar akan perubahan kecil yang berlaku terhadap laman web kami yang kini mempunyai beberapa seksyen baru (seperti program Perkongsian, f.e.) dengan semua butiran yang diperlukan serta bahan yang lebih ceria. Matlamat utama kami adalah untuk menghasilkan sesuatu perkara yang bersifat informatif, jelas dan mudah, kerana opsyen binari kini boleh menjadi sisi penting dalam kehidupan kita dan kami sememangnya ingin menjadikannya pilihan yang sempurna buat anda.

Tugas untuk mewujudkan ruang yang selesa buat semua pedagang opsyen binari di seluruh dunia bukan satu kerja yang mudah, tetapi kami sentiasa berusaha untuk memperkenalkan cara baru untuk berkomunikasi dan memahami klien kami dengan lebih baik. Inilah sebabnya mengapa kami memilih untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai salah satu daripada 6 bahasa rasmi yang tersedia baik pada platform dan juga laman web kami. Anda tidak lagi perlu merujuk kamus atau menjadi maklumat di internet bagi perkataan yang tidak diketahui, kini semuanya lebih jelas dan mudah buat anda.

Selain itu, kami juga ingin menyampaikan khabar gembira bahawa klien kami di Malaysia kini boleh melakukan deposit dan mengeluarkan dana mereka di Ayrex melalui bank-bank tempatan yang terkemuka dan tidak perlu lagi merugikan masa mereka melalui e-dompet atau sebarang sumber yang lain.

Ayrex tidak terlepas untuk bergerak seiringan dalam dunia yang serba mudah alih kini. Aplikasi dagangan untuk peranti iOS dan Android kami juga telah dikemas kini pada bulan lepas dan kami turut melaksanakan beberapa ciri hebat yang terkini seperti tetapan graf yang diperbaharui, japanese candlestick dan ciri-ciri deposit baru.

Seperti yang kita sedia maklum, November merupakan bulan yang sibuk buat kita semua. Kami amat berharap agar pembangunan terbaru ini dapat membantu anda dalam menjadikan aktiviti dagangan anda lebih bermakna!

rIzDwG8.png


Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Perubahan jadual dagangan sepanjang Cuti Musim Sejuk 2016
Perubahan jadual bagi 23, 26, 27, 30 Disember dan 2 Januari*

Pedagang Yang Dihargai,

Sila ambil maklum mengenai perubahan jadual sempena cuti Hari Natal 2016 dan Tahun Baru.*

OKsvixr.png

*Semua waktu dalam format EET

Sila ambil kira perubahan ini dalam perancangan aktiviti dagangan anda.

Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14795
USD / JPY
156.849
GBP / USD
1.33877
USD / CHF
0.82249
USD / CAD
1.39908
EUR / JPY
180.045
AUD / USD
0.71230
Back
Top
Log in Register