BTC USD 81,295.3 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayrex - ayrex.com

Pedagang Yang Dihargai,

Tahun baru merupakan saat terbaik untuk memulakan perkara baru, jadi kami telah mengambil keputusan untuk membina semula halaman utama pada laman web rasmi kami dan menjadikannya cukup ringkas dan bermaklumat untuk anda.

Mulai sekarang, semua pengguna yang berminat dalam dagangan opsyen binari berupaya untuk mendapatkan maklumat penting mengenai kami, membaca ulasan daripada forum terkemuka dan menyertai platform ini dalam masa beberapa saat sahaja!

Kami berharap navigasi pantas serta antara muka yang lebih jelas ini dapat membantu klien kami untuk menikmati pengalaman dagangan terbaik dalam industri!

Semua maklum balas dan cadangan dari pihak anda amatlah kami hargai!



Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Pedagang Yang Dihargai,

Pada penghujung 1999, majalah terkemuka Fortune Magazine telah memberikan gelaran kepada beliau sebagai “salah satu daripada empat gergasi pelaburan di abad ke-XX”, kemudian majalah Times turut mendakwa bahawa beliau merupakan “salah seorang daripada 100 individu paling berkuasa dan berpengaruh di dunia”, dan sejujurnya, memang sukar untuk meragui kenyataan berkenaan.

Penulis biografi awal Bogle, Robert Slater telah menghuraikan hidup beliau sebagai “berevolusi, ikonoklastik dan amat komited terhadap prinsip hidup beliau yang sentiasa mengutamakan minat pelabur dan memberikan kritikan membina terhadap industri dana atas amalan yang bertentangan dengan kos rendah, pelabur dana bersama yang berorientasikan klien”. Kedengaran bagaikan beliau seorang contoh pedagang yang sempurna, tetapi apakah yang menjadikan beliau begitu istimewa dalam kalangan pelabur?

John Bogle dilahirkan pada tahun 1929 dan menghabiskan usia kanak-kanak beliau ketika Zaman Meleset. Sepanjang tahun-tahun yang menyayat hati berkenaan, keluarga beliau telah kehilangan harta warisan mereka dan kemudiannya berpisah. Walaupun berada dalam kesusahan, John merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan kepakaran dalam matematik yang sentiasa menjadi minat beliau. Bogle telah melanjutkan pelajaran ke Princeton University di dalam jurusan ekonomi dan pelaburan, dan memilih dana bersama sebagai subjek major beliau, yang pada ketika itu masih belum begitu maju.

Pada tahun 1974, John Bogle telah mengasaskan Vanguard Company yang telah dianggap oleh pakar ekonomi sebagai salah satu daripada syarikat pelaburan yang paling disegani sepanjang masa. Kreativiti Bogle tidak berakhir di situ, pada tahun 1975, dana Vanguard 500 Index telah ditubuhkan dan ia dianggap sebagai dana bersama indeks pertama seumpamanya. Idea utamanya adalah untuk merendahkan harga semasa dan menjadikan dana indeks selaras dengan prestasi indeks dalam jangka panjang. Berikutan pelan ini, dengan kos yang lebih rendah, sistem pengurusan kewangan yang lebih baik dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Salah satu daripada detik paling penting dalam strategi Bogle ialah batasan yang jelas antara pelaburan dan spekulasi, yang berada dalam had masa yang sama. Berdasarkan pandangan berkenaan, pelaburan dianggap sebagai operasi jangka panjang sahaja, manakala dagangan jangka pendek lebih cenderung ke arah spekulasi. John Bogle amat begitu yakin dengan pendapat yang dikemukakan menerusi analisis teknikal, dan spekulasi sudah mula menjejaskan pasaran kewangan dengan ketara. Bogle berpegang kepada 8 prinsip dalam kehidupan dagangan beliau, yang amat berguna untuk setiap pedagang profesional:

  1. Pilih dana kos rendah
  2. Pertimbangkan kos nasihat yang ditambah dengan teliti
  3. Jangan lakukan jangkaan berlebihan terhadap prestasi dana terdahulu
  4. Gunakan prestasi terdahulu untuk menentukan ketekalan dan risiko
  5. Awasi bintang (misalnya pengurus dana bersama bintang)
  6. Awasi saiz aset
  7. Jangan miliki terlalu banyak aset
  8. Beli portfolio dana anda - dan jangan pegang portfolio tersebut
Pedagang yang berjaya bukanlah suatu destinasi, tetapi suatu perjalanan dan terdapat pelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Bersedia untuk melaraskan gaya dagangan anda untuk disesuaikan dengan keadaan yang sentiasa berubah dan ikuti contoh daripada pedagang profesional dari masa ke masa - banyak yang dapat anda pelajari daripada mereka.

9u9eIek.png


Cipta sejarah dagangan anda bersama kami!

Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Pedagang Yang Dihargai,

Bulan pertama dalam tahun baru ini sentiasa menjadi permulaan yang baik untuk anda memulakan sesuatu yang baru dan meneruskan tabiat baik terdahulu. Dunia kewangan juga tidak terkecuali - kehidupan baru sahaja bermula untuk bangun daripada ribuan perayaan.

Menjelang permulaan bulan Januari, kita telah menyaksikan pecah keluar inflasi yang tidak dijangka di Jerman, dengan peningkatan harga pengguna sebanyak 1.7% yang dapat menjejaskan keseluruhan zon Eropah.

Harga tenaga telah mula meningkat sekali lagi ($55 untuk satu tong minyak mentah West Texas Intermediate).

Matawang USD turut menunjukkan pergerakan kelembuan yang agak stabil sejak pilihan raya Trump, jadi para pedagang kini sedang menjangkakan untuk pertumbuhan ekonomi A.S. yang lebih lanjut. Sementara itu, Yuan China juga sedang dipengaruhi oleh Dolar yang kukuh dan kemungkinan terdapat tekanan yang serius terhadap Yuan sekiranya situasi berkenaan tidak berubah. Dengan mengambil kira pendapat terkini mengenai presiden AS dan dasar dagangan perlindungan beliau, boleh dikatakan bahawa tahun ini mungkin agak sukar buat Yuan.

Sektor pembuatan di Amerika dan Eropah pula telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil, dan tahun 2017 mungkin memperlihatkan peningkatan lanjut dalam permintaan. Selain itu, terdapat juga kecenderungan untuk bond kerajaan panjang dipegang pada tahun ini, berbanding obligasi jangka pendek.

Walaupun pasaran kewangan merupakan ruang yang sentiasa berubah-ubah, yang menjadikannya sukar, malah kadang-kala mustahil untuk diramal. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pedagang untuk menyesuaikan gaya dagangannya kepada keadaan sedia ada dan mengekalkan kadar pulangan setinggi yang mungkin.



Yang benar,

Pasukan Ayrex.
 
Pedagang Yang Dihargai,

Kami amat berbesar hati untuk berkongsi bersama anda bahawa Ayrex telah menerima 3 anugerah utama dalam industri opsyen binari:
- “Broker Terbaik Opsyen Binari” (Forex Awards)
- “Broker Paling Telus" (Forex Awards)
- «Sokongan Pelanggan Terbaik» (Binaryoptionspost)

Forex Awards dan Binaryoptionpost merupakan portal berita yang terkenal dalam kalangan pedagang atas kewibawaannya, khusus dalam bidang Forex dan dagangan opsyen binari.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada anda!



Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Pedagang Yang Dihargai,

Wall Street merupakan salah satu daripada filem klasik mengenai dagangan dan sejauh mana ia dapat mengubah jiwa seseorang. Filem arahan Oliver Stone pada tahun 1987 ini menceritakan kisah menakjubkan lelaki bernama Bud Fox, seorang pedagang saham yang tinggal di kota New York serta perjalanan beliau dalam menjadi salah seorang daripada individu paling berkuasa pernah hidup.

Idola dagangan beliau, Gekko merupakan teladan sebenar buat beliau, dengan slogan hidupnya: “Tamak itu bagus”. Kemanusiaan dan kejujuran telah didagangkan dengan kekayaan dan kuasa. Tetapi adakah berbaloi untuk anda hanyut dibuatnya? Dan apakah yang sanggup kita korbankan untuk impian sebegini?

Pernahkah anda dikaburi dengan sifat tamak ketika berdagang? Adakah anda sentiasa patuh dengan pengurusan wang?

Tidak pasti dengan jawapan anda? Anda sentiasa boleh menyemak kawalan diri sendiri dalam Demo kami.



Yang benar,
Pasukan Ayrex.
 
Pedagang Yang Dihargai,

Kita sering mendengar bahawa dagangan opsyen binari begitu mudah dilakukan, tetapi adakah kenyataan itu benar? Adakah ia sama seperti dagangan demo, yang melibatkan dagangan dana digital dan bukan dana sebenar? Namun secara tiba-tiba kita akan terasa bebannya dan kita menjadi lebih lemah berbanding mereka yang mahir berdagang.

Jika anda benar-benar ingin menjadi pedagang yang berjaya, anda perlu mempelajari cara untuk mengawal emosi anda, kerana tanpa kawalan anda akan menghadapi banyak masalah, lebih-lebih lagi apabila pasaran tidak beroperasi seperti yang anda harapkan.

Terdapat lebih kurang 10 peringkat untuk mengatasi kerugian dagangan, yang mungkin sedikit berbeza bergantung pada personaliti dan pengalaman dagangan anda.

Apabila anda membuat keputusan untuk memasuki pasaran, keputusan anda adalah berdasarkan kepercayaan bahawa detik itu merupakan detik terbaik untuk melakukan dagangan. Anda hampir berasa yakin bahawa anda tahu mengenai perkara yang akan berlaku dan itu merupakan satu perasaan yang menakjubkan. Inilah yang dikenali sebagai peringkat “optimisme”. Pada ketika ini, semua perkara kelihatan begitu lancar dan kita sentiasa mengharapkan kejayaan, dan teruja untuk melihat hasil yang positif.

Pada detik sebegini, kita akan mula berasa bijak, seperti pakar dagangan sebenar dan penilaian kritikal kita mudah dikaburi. Sukar untuk kita menganalisis situasi semasa dalam peringkat “bijak” ini, walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita terus menyedari bahawa kita mampu untuk mengikuti strategi pengurusan risiko dan tidak terburu-buru untuk melakukan dagangan yang tidak dirancang.

Apabila terdapat tanda-tanda awal bahawa dagangan mungkin tidak beroperasi seperti yang diharapkan, kita akan menjadi khuatir dan bimbang. Ini merupakan permulaan bagi peringkat “kebimbangan”, yang melibatkan kita untuk mula menyedari bahawa kita bakal kehilangan semua pelaburan dan juga potensi kemenangan, malah kita juga mungkin tidak mempunyai kawalan terhadapnya lagi.

Kehilangan kawalan berkenaan dapat membawa kepada peringkat “ketakutan”. Kita akan mula diselubungi oleh perasaan bahawa kita telah melakukan kesilapan.

Pada peringkat “panik” pula, emosi mula mengaburi minda dan menjadikan kita bagaikan kanak-kanak yang sedang mengharap belas kasihan daripada pasaran. Masa menjadi semakin suntuk.

Berhadapan dengan kegagalan melemahkan harapan kita dan membuatkan kita memutuskan untuk tidak melakukannya lagi. Peringkat “berputus asa” pula dapat membantu kita untuk mengatasi emosi negatif serta kekecewaan yang dihadapi.

Tiada siapa yang sukakan kegagalan, dan sekiranya hal ini berlaku, kita cenderung untuk terjerumus ke dalam peringkat “kemurungan”, dan memikirkan semua kesilapan yang telah berlaku sepanjang masa. Cara terbaik adalah dengan mengelakkan perkara ini atau menjadikan sesingkat yang mungkin, dengan meluangkan lebih banyak masa berkualiti anda untuk berfikir dan menghasilkan pelan sebenar mengenai cara untuk tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan.

Selepas peringkat ini, kita sedar bahawa kesilapan merupakan pendidikan terbaik untuk diri kita, dan kesilapan ini dapat menjadikan kita pedagang yang lebih baik suatu hari nanti. “Harapan” merupakan “perpetuum mobile” bagi setiap pedagang, kerana pedagang profesional pun kadang-kala melakukan kesilapan.

Setelah pulih sepenuhnya, kita sedia untuk mula berdagang semula, memasuki pasaran dengan pengalaman bermakna yang dapat membantu kita pada masa hadapan. Pasaran kini beroperasi seperti yang anda inginkan, dan “kelegaan” dapat menjadikan anda pedagang bijak sekali lagi.

Sebaik sahaja anda mula mendapatkan dagangan yang menguntungkan semula, anda akan kembali pada peringkat “optimisme”, yang sekali lagi akan membuktikan bahawa bukan hanya pasaran yang bergerak dalam satu kitaran. Kegagalan merupakan pengalaman bermakna yang perlu kita hargai dan menjadi iktibar agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan.



Sincerely yours,
Ayrex Team.
 
mobile applications in particular that I have tried pretty good just occasionally logout itself especially during the contest
pretty pretty good for execution is real binary option that offers...
 
Last edited:
I has Trade at Ayrex since 2016 and so many special platform at Ayrex
good execution , fast execution no has long delay
and just use minimum deposit you can trade with ayrex
good personal of customer service
for neteller and skrill can instant withdraw so amazing nominate at FXempire
so great ayrex keep for the best
 
Last edited:
ayrex may sound new but ayrex although new broker
ayrex including excelent service why?
because it can be at the same level it with the other options broker that first
ayrex for deposits and withdrawals of at least $ 5 and 1x24-hour process of working days when withdrawals between 9am to 7pm GMT GMT then processed the same day
for the service platform is very user friendly and extremely light weight very fast execution
for customer service is fast enough with live chat and this issue is resolved during my problem solved continues
there is also another contest held 3 times a week and the prize can be directly withdrawn without restrictions
to verify this as I held up the thumb is very quick and easy verification is not complicated
Overall acungin thumbs 4 deh make longlife ayrex ayrex
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14790
USD / JPY
156.877
GBP / USD
1.33950
USD / CHF
0.82250
USD / CAD
1.39965
EUR / JPY
180.080
AUD / USD
0.71320
Back
Top
Log in Register