Pedagang Yang Dihargai,
Lelaki ini dikenali dengan banyak gelaran: usahawan ulung, dermawan, aktivis politik, penulis dan juga “Lelaki Yang Memecahkan Bank of England”. Sepanjang hidupnya, beliau telah melalui pelbagai tempoh yang menderitakan, termasuk penaklukan Hungary oleh Nazi Jerman. Kita hanya mampu meneka bilangan peristiwa yang dialami sepanjang hidup lelaki ini dan apakah kesannya terhadap diri beliau, tetapi waktu sukar tersebut telah melahirkan generasi manusia yang gagah dan tekun, yang mampu melakukan apa sahaja. Dan George Soros pastinya merupakan salah seorang daripada mereka.
Selepas berhijrah ke England pada tahun 1947, Soros memulakan pengajian di London School of Economics. “Saya telah melakukan banyak kerja, dan akhirnya saya menjual barangan kemas di pesisir pantai, membuka kedai cenderamata, yang pastinya bukan bidang saya. Jadi saya mula menulis kepada setiap pengarah urusan di setiap bank pedagang di London, dan hanya satu atau dua sahaja yang membalas surat saya, namun itulah cara bagaimana akhirnya saya dapat bekerja di bank pedagang”, katanya.
Menjelang pertengahan tahun 1950, Soros berpindah ke Amerika Syarikat dan mula bekerja sebagai pedagang arbitraj dengan kepakaran dalam saham Eropah. Pada tahun 1990, Soros bekerja keras untuk melonjakkan kedudukan beliau dalam pasaran Inggeris kerana ketika itu England telah dibawa masuk ke dalam Mekanisme Kadar Tukaran Eropah dan kadar inflasi berlaku dengan begitu tinggi. Pada Black Wednesday, dana Soros mengalami kerugian lebih daripada $10 bilion Pound. Tidak lama kemudian, Pound susut nilai dan keuntungan Soros adalah kira-kira $1 bilion.
George Soros merupakan seorang pedagang jangka pendek. Salah satu daripada alasan utama yang menjadikan beliau berbeza daripada pedagang lain ialah minat beliau yang mendalam terhadap falsafah dan serta bagaimana falsafah berkenaan berkaitan dengan gaya dagangan beliau. Beliau terkenal dengan gaya dagangan sendiri dan “cara Soros” pastinya merupakan sesuatu yang perlu dipelajari oleh setiap pedagang.
Prinsip utama beliau merupakan teori refleksiviti berdasarkan idea guru beliau, Karl Popper. Secara ringkasnya, teori ini boleh dipakai apabila nilai pasaran yang sering dipengaruhi oleh keputusan salah peserta, dan bukan sekadar oleh perkara asas ekonomi. Dalam pasaran, pengaruh berkenaan boleh berlaku dalam dua hala: keputusan dapat mempengaruhi acara dan acara dapat mempengaruhi keputusan. Itulah sebabnya terdapat kitaran naik turun dalam pasaran dan setiap kitaran tersebut boleh diramal.
Salah satu daripada perkara yang terkenal tentang strategi dagangan ini ialah ia berorientasikan ekonomi makro global. Soros tidak mengehadkan pandangan beliau kepada satu kawasan dagangan sahaja, tetapi beliau menganggap bahawa dunia ini sebagai satu tempat yang penuh dengan pelbagai peluang dagangan. Kajian dan analisis terperinci yang dilakukan telah memberikan kefahaman yang mendalam kepada beliau mengenai cara sesuatu perkara berfungsi dan cara untuk memperoleh keuntungan daripadanya.
Mencari strategi terbaik tidak semestinya menjadikan anda pedagang yang berjaya dengan serta merta. Demi memastikan semua perkara berfungsi dengan baik seperti yang anda harapkan, anda perlu sekurang-kurangnya melakukan ujian kecil terlebih dahulu sebelum bertindak dengan jumlah yang besar. “Baca dan faham” sebelum bertindak.
Kesabaran, disiplin dan pendekatan global boleh menjadi sahabat baik kepada setiap pedagang, khususnya mereka yang berhasrat untuk menjadi pedagang profesional. Tiada keadaan yang ideal dalam dunia pasaran, tetapi kita pastinya boleh mengambil sedikit contoh dari setiap satunya.
Cipta sejarah dagangan anda bersama kami!
Yang benar,
Pasukan Ayrex.