BTC USD 84,603.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayat Kursi

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

SAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN,MAKA INI ADALAH SEDEKAH JARIAH. DAN PADA SETIAP ORANG YANG MENGAMALKAN, KAMU AKAN IKUT MENDAPT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT
 
tq TT.. sampaikan juga pada org bahawa bacalah kerana Allah... barulah dtg kebaikan2 itu...
wallahualam..
 
12764437_1227144377313060_837799431434838043_o.jpg


Hadith no. 1, 2 dan 3 tiada asal.

Hadith no. 4: Dipelihara Allah SWT dan tiada syaitan yg berani mengganggu hingga pagi - ada dlm Sahih al Bukhari dari riwayat Abu Hurairah r.a yg panjang. Rujuk hadith no. 2311 dan no. 3275

Hadith no. 5: "Barangsiapa yg membaca ayat Kursi sehabis setiap solat fardu maka tiada penghalang baginya utk memasuki Syurga kecuali hanya mati"

H/R al Nasa'i dlm Sunan al Kubra, hadith no.9848 - cetakan al Risalah al 'Alamiah. Kata Syeikh Syu'aib al Arna'uth : "Tafarrud dengannya al Nasa'i dari pemilik Kutub al Sittah".

Hadith ini dinilai sahih oleh:
1- Al Albani dlm Sahih al Jami', hadith no. 6464.

2- al-Syeikh Muqbil al-Wadie menilainya hasan dalam kitab al-Jami' al-Shahih Mimma Laisa Fi al-Shahihain, hadith no 3858 melalui riwayat al-Nasaie dalam Amal al-Yaum Wa al-Lailah.

3- Al Imam Ibnu Katsir juga menilainya sahih. Kata beliau ketika menafsir ayat 255 dari Surah al Baqarah : "Isnadnya atas syarat Al Bukhari".

sumber ilmu: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
 
Back
Top
Log in Register