BTC USD 84,080.6 Gold USD 4,285.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Ayam Kampung Herba Organik

Harga ayam ni RM 19 seekor. Berat 1.2kg++. Kalau order banyak kami sanggup hantar ke Kemaman. Pakat-pakatla dengan org Kemaman, order ayam ni. Kalau kebetulan datang ke Kuantan, boleh singgah di office kami.
 
BERSAMA MENYOKONG EKONOMI UMMAH-PELUANG PERNIAGAAN : PENGEDAR AYAM ORGANIK DIPERLUKAN

ayam_web.jpg

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. milik Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakan ayam kampung organik secara komersial di Malaysia. Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken.

Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.

Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK

A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI :

1) HABBATUS SAUDA
2) HALIA
3) PANDAN
4) KUNYIT.
5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN

Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju.
 
Zainol's Halal Organic Chicken in JB..!

Untuk mereka yang tinggal di JB/PasirGudang/Senai/Kulai/Gelang Patah dan Kota Tinggi boleh dapatkan bekalan ni dari kami pembekal ayam organik Dr Zainol, saya DrFadli-0142644519 atau Hamni-0177854537.
edaran D FAHAM Enterprise, no41 Jalan Bukit Mutiara 6, Taman Bukit Mutiara JB, Johor (bersebelahan exit highway kempas-jb di Bandar Dato'Onn)
 
Last edited:
Untuk mereka yang tinggal di JB/PasirGudang/Senai/Kulai/Gelang Patah dan Kota Tinggi boleh dapatkan bekalan ni dari kami pembekal ayam organik Dr Zainol, saya DrFadli-0142644519 atau Hamni-0177854537.
edaran D FAHAM Enterprise, no41 Jalan Bukit Mutiara 6, Taman Bukit Mutiara JB, Johor (bersebelahan exit highway kempas-jb di Bandar Dato'Onn)

alhamdulilla..di JB pun sudah ada pembekal..boleh order nie...
 
insyaALLAH, sekarang saiz L dgn XL je ada. Kalau minat boleh sms...sekolah Hidayah kat Kg Maju Jaya hari ni sms saya nak beli 19ekor..alhamdulillah. Setiap seekor yang dibeli akan disumbangkan sedekah kepada sekolah tahfiz Quran...pahala pun dapat jugak tu pada yang membeli. AMIN
 
AYAM DAGING BAHAYAKAN KESIHATAN - PERSATUAN PENGGUNA


KOTA BHARU: Awas anda bakal berdepan dengan penyakit hanya dengan memakan ayam daging. Mungkin ada yang percaya atau tidak. Tetapi inilah hakikat yang sedang berlaku sekarang.

Ini kerana ayam daging disuntik dengan bahan kimia untuk cepat membesar. Cuba bayangkan dalam tempoh 35 hingga 38 hari ayam sudah mampu mencapai berat dua kilogram.

Sedangkan ayam kampung yang berusia 38 hari hanya mampu mencapai berat badan setengah kilogram sahaja.

Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung), Ahmad Othman berkata, berdasarkan kepada kajian ayam daging sangat bahaya kepada kesihatan.

"Ini kerana makanannya mengandungi kimia. Ayam juga disuntik menggunakan bahan kimia bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit. Oleh itu makan ayam yang terlalu kerap akan membahayakan kesihatan kita," katanya di sini.


PETIKAN DARI AKHBAR SIASAH.
 
Doktor perubatan ternak ayam kampung


Tuesday, 28 August 2007
TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.

Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.

Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan ayam kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.

“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organik semakin meningkat di negara ini.

“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik.

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

Oleh Hizral Tazzif Hisham
Sumber: Nadi Biz, Berita Harian
 
Jintan hitam /habatussauda
• sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.
• mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.
• meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.
• ekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser
• meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.
• dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron
• melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel
• menghancurkan se-sel tumor

2) Pandan
• membantu menghilangkan masalah angin

• merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia

3) Kunyit
• antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.
• berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,
• mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,
• membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,
• membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.
• dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

4) Limau purut
• mengandungi antioksidan yg tinggi, kaya dengan flavonoid, polifenol

• mempunyai sifat-sifat anti bakteria.
• pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuklah vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium
• dipercayai berkesan utk mencegah penyakit jantung dan kanser kerana kandungan flavoniod dan polifenol yg tinggi

5) Halia
• membantu menghadamkan makanan
• membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
• boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman
 
Bekalan Ayam Kampung Organik

Untuk mereka yang tinggal di JB/PasirGudang/Senai/Kulai/Gelang Patah dan Kota Tinggi boleh dapatkan bekalan ni dari kami pembekal ayam organik Dr Zainol, saya DrFadli-0142644519 atau Hamni-0177854537.
edaran D FAHAM Enterprise, no41 Jalan Bukit Mutiara 6, Taman Bukit Mutiara JB, Johor (bersebelahan exit highway kempas-jb di Bandar Dato'Onn)

Kami adalah agen yang dilantik sah oleh Dr Zainol.

Bagi mereka yang inginkan bekalan ayam kampung organik di daerah:


  • Muar, Merlimau, Melaka dan kawasan yang berdekatan dengannya sila hubungi:

    Famas Agro Farm: Fauzi(017-3719952)/Ust. Effendi(013-2075677)


  • Kluang, Air Hitam, Mersing, Simpang Rengam, Rengam, Bandar Tenggara, dan Yong Peng sila hubungi:

    Nabiharfis Ent. : Saudi(HP:012-7475800/013-7201972/013-7715500)
    Tel/Fax: 07-7732413

Wsm.
 
Nampaknya dah makin ramai yang mengidam kat ayam ni...Kepada sesiapa yang nak buat open house, kenduri, jamuan, sedekah makanan eloklah kita gunakan ayam yang halal serta bebas dari keraguan kimia ini. Peniaga restoran pun sekarang dah boleh pelbagaikan lauk pauk atau brandkan nama restoran dengan nama ayam kampung....Bersama kita maju!
 
Back
Top
Log in Register