BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Ayam Kampung Herba Organik

Memang sedap ayam ni.. mula-mula tu saya beli dkt Dr Zainol utk makan sendiri..kemudian kawan-kawan asik kirim je.. lepas tu saya terus merelakan diri jadi pembekal.
So kalau ada yang berminat di sekitar PJ atau Bukit Subang.. boleh la call/sms saya di 0193241900.
Kawasan sewaktu yg lain kalau nak melebihi 10 ekor , saya boleh hantar.. ok je

salam bro,
brapa modal minimum nak jadi pengedar? boleh crite skit ke lain2 term... minat banget nih. plan nak biz kat melaka. tq
 
Soalan tambahan, bagaimana dgn permintaan ayam organic ni stakat ni kat kuantan. Memandangkan harganya agak mahal.. tapi khasiatnya lebih baik dari ayam jenis lain. Biasanya pengguna lebih utamakan harga.. Just nak dpt gambaran.. manalah tau dpt melibatkan diri dlm biz nih. mencari yg halal itu fardhu..
 
Kami baru edarkan ayam kampung herba organik ni, x sampai sebulan pun lg. Stakat ni sambutannya memberangsangkan. cuma kene lebihkan promosi sebab ramai lg yg x tau pasal ayam kampung herba organik ni.
 
Harga ayam ni RM 19 seekor. Berat setelah diproses 1.2kg++. Berat asalnya 1.8kg-2kg.
 
Nak jadi supplier.. minimum purchase 50 ekor.. pas tu kena ada freezer utk storage.. senang jekkk..
yang susah nye nak promosi dekat org yang tak berapa nak online.. gua paln nak buat flyers and then distribute dekat pasar malam. Ada suggestion lain tak.. boleh kita kongsi memajukan diri..
 
Untuk luar KL tak tau le pulokk..
Banyak nak kena consider.. transportation je mau 2-3 ratus sekali jalan.
 
AYAM KAMPUNG 100% ORGANIK HERBA.

- Bersih, segar, sedap, sumber protein tinggi dengan ciri-ciri perubatan herba.
- Memakan sumber protein yang bersih dan segar adalah amat penting untuk mengawal diri daripada pelbagai penyakit dan penuaan (premature aging).
- Protein juga menawarkan tenaga untuk kehidupan yang sihat.
- Ayam kampung organik yang dipelihara secara bebas bergerak tanpa mengurung menawarkan sumber protein yang sihat dan segar untuk anda.


HALALAN DAN THYAIBAN DIJAMIN DARI MULA TERNAK SAMPAI SIAP PROSES.

- 100% diternak secara organik.
- Tanpa penggunaan antibiotik.
- Tanpa sebarang hormon, beta agonist dan salbutamol.
- Daging ayam yang segar, bersih, sangat sedap dan enak yang anda pernah merasakan.


AYAM DIBERI MAKANAN EKSTRAK HERBA KAYA DENGAN ANTI OXIDA DAN "ANTI KANSER" SEPERTI "HALIA, KUNYIT, PANDAN, YUCCA SCHIDIGERA, MARIGOLD EXTRACT, HABBATUS SAUDA DAN LIMAU PURUT".

- Ayam kampung bergerak bebas herba organik sangat enak, bernutrisi tinggi dan membina imuniti daripada sebarang kanser, sakit jantung dan lain-lain penyakit.
- Tidak seperti ayam daging yang tidak sedap dan kerap kali dicemari dengan antibiotik dan bahan kimia.


UNTUK PERTANYAAN, JUALAN RUNCIT, KATERING, RESTORAN DAN PENGHANTARAN RUMAH, SILA HUBUNGI : 013-9671609.

NO. 21, BANGUNAN LKNP, TANAH PUTIH BARU, 25150 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

TEL : 09-5133475 FAX : 09-5132385
 
RASA KEENAKAN AYAM ORGANIK


KUALA LUMPUR - Harga ayam kampung yang dijual sehingga RM16 seekor mungkin melemahkan semangat sesetengah orang untuk membeli, namun jika anda mahukan ternakan kaedah organik yang bebas bahan kimia, mungkin produk Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja sesuai menjadi pilihan.

Idea Mohamad Zainol, 48, melalui pengalamannya semasa menuntut dan bekerja di luar negara itu bukan sahaja menyediakan makanan halal kepada umat Islam malah berguna kepada mereka yang mementingkan kesihatan.

Lebih menarik, beliau memberitahu, ayam kampung organiknya mempunyai nutrisi yang tinggi dan dapat membina sistem imuniti badan yang baik.

Mohamad Zainol menjelaskan, ia diternak 100 peratus secara organik dan tiada kena mengena dengan teknik organism pengubahsuaian genetik (GMO).

"Kami tidak menggunakan antibiotik, suntikan hormon, beta agonist atau salbutamol," katanya yang bertugas sebagai doktor gigi di klinik miliknya sendiri bersama isteri di Ampang.

Beliau telah memasarkan ayam itu secara kecil-kecilan sejak tiga tahun lalu dan kini jualannya melebihi 1,000 ekor sehari dengan ramai pengedar di beberapa bandar utama.

Ternakannya itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, yucca schidigera, marigold extract, pandan dan limau purut.

Ayam-ayam itu juga dibiarkan bergerak secara bebas tanpa dikurung kerana melalui teknik itu ia dijangka dapat menghasilkan daging berprotein tinggi.

Meskipun agak mahal, sambutan orang ramai sangat menggalakkan dan kata Mohamad Zainol, ia bukan saja menjadi tumpuan umat Islam malah menjadi pilihan pelanggan bukan Islam.

Orang ramai yang ingin merasai kelainan dan keenakan ayam kampung organik itu boleh berkunjung di premis beliau di Taman Nirwana, Ampang yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang.



PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO
 
dah lama carik pengedar ayam organik nih... brape sen sekilo? pastu kalu order bule hantar ke Kemaman ke?
 
Back
Top
Log in Register