BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ayah pin kembali!

matttiya88

Active+ Member
Messages
3,171
Joined
Mar 21, 2008
Messages
3,171
Reaction score
245
Points
43
KUALA LUMPUR - "Ketika itu saya lihat kira-kira 60 lelaki berpakaian serba hitam mengiringi seorang lelaki yang memakai topi berjalan sambil tunduk.

"Mereka dilihat memasuki tiga buah bilik di sebuah premis karaoke di ibu negara dan tidak membenarkan sesiapa masuk serta menampal kata-kata aluan meraikan kedatangan pemimpin 'Kerajaan Langit'.

Demikian cerita seorang lelaki yang mendakwa menyaksikan sendiri kemunculan semula seorang lelaki ala Ayah Pin berdekatan tempat kerjanya di ibu negara kira-kira sebulan lalu.

Menurut lelaki yang ingin dikenali sebagai Shah, 40-an, ketika itu, dia yang sedang bertugas ternampak kelibat seorang lelaki yang dikelilingi oleh puluhan pemuda pelbagai kaum pada 24 September kira-kira pukul 11 malam.

"Mereka terus memasuki premis karaoke tersebut dan menempah bilik yang dikhaskan untuk kumpulan mereka sahaja tetapi apa yang mereka lakukan di dalam bilik itu saya tidak tahu.

"Kira-kira tiga jam selepas itu, mereka keluar dan saya yang tidak berpuas hati telah pergi ke dalam bilik itu dan melihat banyak botol arak bersepah-sepah,'' katanya di sini semalam.

Tambahnya, dia yang pada mulanya tidak mengetahui mereka merupakan pengikut kumpulan ajaran sesat itu sehinggalah dia ternampak kata-kata aluan yang ditampal pada dinding di premis yang sama.

Menurut Shah, antara kata-kata itu termasuk 'Selamat ulang tahun God Grandfather yang ke-4... Selamat sejahtera dan gilang gemilang dari Kawalan Bumi dan Kerajaan Langit'.

"Huruf-huruf itu ditempa dengan gabus dan ditampal pada sekeping papan sebelum dilekatkan pada dinding premis karaoke tersebut,'' katanya.

Ujar Shah, melalui pemerhatiannya, kebanyakan lelaki yang menyertai kumpulan itu datangnya dari pinggir ibu negara terdiri daripada Melayu dan India.

:)):)):))
 
ada lagi ayah pin....???
ayah pin buat pertandingan karaoke ke?? :D aku rasa nak buat band ni... :eek:
 
dia datang lagi...hehheh..tapi nape kerajaan tak dapat tangkap ye? ade backup kot....kwang3....
 
aku tak percaya lah...
tak baik buat fitnah...
kalau betul2 tunjuklah gambar...


p/s : jgn tumpang dosa fitnah... sendiri mau ingat la...
 
sudah...
ayah pin kembali..
ingat dah insaf dah..
hehehe
 
Ayah Pin muncul lagi, lpak dekat pusat karaoke.... :))
 
mcm2 citer.. kalo ada gambar lagi bagus.. kuat sket pernyataan ni..
 
Back
Top
Log in Register