BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Video Remaja Berkelakuan Pelik di Tempat Awam Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kecewa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Video Remaja Berkelakuan Pelik di Tempat Awam Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kecewa

Satu lagi video membabitkan sepasang remaja berkelakuan tidak biasa di kawasan terbuka kembali tular di media sosial sejak berberapa hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan tumpuan umum di Melaka, namun tarikh sebenar rakaman itu masih belum dapat dipastikan.

Hasil carian di media sosial video berkenaan pernah dimuat naik di media sosial sebelum kembali tular.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah kedua-dua remaja tersebut dilihat mengenakan pakaian seragam sekolah, sekali gus menimbulkan tanda tanya, tidakkah mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu?


Ada juga yang mempersoalkan tahap pemantauan terhadap pelajar di kawasan awam, terutama pada waktu persekolahan. “Tak sesuai budaya dan agama Islam,” tulis seorang pengguna media sosial, yang turut berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Bagi kebanyakan netizen, perkara seperti ini bukan sahaja mencalarkan imej pelajar, tetapi turut memberi kesan buruk kepada masyarakat, khususnya kepada ibu bapa dan institusi pendidikan.

Mereka berharap agar semua pihak, termasuk sekolah dan komuniti setempat, dapat memainkan peranan dalam mendidik serta menasihati golongan remaja agar lebih menjaga tingkah laku di khalayak ramai.

Dalam dunia media sosial yang serba pantas ini, satu tindakan kecil boleh jadi tular dalam sekelip mata. Maka, bijaklah dalam membawa diri, sebab sekali video tersebar, susah nak tarik balik.

Dan pastinya akan diulang siar dan tular kembali. Membawa kesan jangka panjang.
 
generasi Roblok
 
Back
Top
Log in Register