BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awek foodpanda kena tendang

Maaf ckp, ramai rider hntr mknn tak kiro grab, panda, kingkong ke buayo ke, ramai yg den tgk suko langgar lampu merah. Den nmpk dopan mato sndiri tiap kali drive kluar rmh nk bli brg dapur.

Hal ni boleh jadi punco gaduh dgn org lain yg bwk keto, lori dsb kek tgh jln

Tapi bukan smuo rider suko langgar undang2, yg baik lurus mcm pembaris pun ado ekekekeeke
 
tak lama lg identiti cina dpt dikesan apa aktiviti halal haram dia, siapa dia dan sebagainya...
next episode...
 
Kes dah viral...
Masak la sjn tu nak jawap nanti...
Klau nak settle pastikan yg kene terajang dpt ganti rugi sepatotnye...
bkn untung sebelah pihak je...
Kemalangan akta lain,sepak terajang akta lain...
Report ja sprm salah guna kuasa.....ka sarjan tu ada kena mengena ngn cina tu.......
 
Report ja sprm salah guna kuasa.....ka sarjan tu ada kena mengena ngn cina tu.......

Taktau la tu
Mcm Ade something...

Siap la nak menjawab
Dalam kes ni nampak rider tu boleh menang kes
Ke aok rase goner

Tgk Gaye mcm die yg serang pompuan tu...
Pompuan tu balas utk pertahan diri...
Tak nampok saloh pompuan tu...
 
Taktau la tu
Mcm Ade something...



Tgk Gaye mcm die yg serang pompuan tu...
Pompuan tu balas utk pertahan diri...
Tak nampok saloh pompuan tu...
323 nie xkira la provokasi mcm mn, bila libatkn fizikal kt yg salah
 

KUALA LUMPUR: Lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang juga pekerja penghantar makanan dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong dekat sini, semalam akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

"Kita terima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.

"Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki itu.

"Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata beliau pihaknya maklum mengenai penularan beberapa berita palsu di media sosial berhubung kejadian itu termasuk tohmahan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

"Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Semalam BH melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Suspek turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh.

Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam
 
Back
Top
Log in Register