balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kuala Lumpur: Berbekalkan kunci pendua kereta keluaran Proton dan Perodua, satu sindiket dikenali Geng Awe Kelate akan mengumpil kereta yang menjadi sasaran melalui pintu belakang sebelum menghidupkan enjin menggunakan kunci itu dan terus melarikan diri.
Malah, kereta yang berjaya dilarikan itu akan terus dibawa ke Kelantan sebelum mereka meleraikan komponen kenderaan itu untuk dijual sebagai alat ganti terpakai. Bagaimanapun, taktik tiga lelaki berusia 26 dan 35 tahun itu tumpas selepas kelekaan mereka mengumpil sebuah kereta Proton Wira di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Melati, di sini disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah malam, 20 anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Wangsa Maju yang sedang melakukan rondaan bermotosikal di sekitar kawasan itu terlihat kelibat lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan sedang cuba mengumpil sebuah kereta Proton Wira.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, anggota terbabit bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota lain sebelum bertindak mengepung kawasan berkenaan dan menahan suspek.
Katanya, pada masa sama, anggota berkenaan turut menahan seorang lelaki dan seorang remaja perempuan dalam sebuah kereta di kawasan sama dipercayai rakan subahat suspek.
“Hasil pemeriksaan ke atas seorang daripada dua suspek terbabit yang berusia 35 tahun mendapati dia memiliki empat rekod orang dikehendaki membabitkan kes dadah dan curi kenderaan sementara seorang lagi suspek berusia 26 tahun mempunyai dua rekod orang dikehendaki.
“Seorang lagi lelaki berusia 30 tahun yang ditahan di dalam keretanya pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun dia dipercayai pengedar dadah manakala teman wanitanya yang juga remaja berusia 18 tahun, tiada rekod jenayah” katanya.
Zakaria berkata, pemeriksaan ke atas kereta suspek menemui 21 kunci pendua Proton dan Perodua, 12 batang kikir pelbagai guna, tiga pemutar skru, satu alat penimbang digital, empat tombol kunci bonet belakang, satu tukul besi, dan pisau lipat.
“Siasatan lanjut turut merampas enam batang tiup lut sinar ketulan kristal dengan anggaran berat 2.14 gram, dua paket lut sinar ketulan kristal anggaran berat 0.58 gram dan 5.67 gram dan 50 papan dadah jenis Eramin 5 berjumlah 500 biji.
“Selain itu, polis turut menemui dua batang straw mengandungi 16 biji pil warna merah disyaki pil kuda dan satu batang straw serbuk merah disyaki pil kuda,” katanya.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AweKelateterjerat/Article/index_html