BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info 'Awasi perubahan anak cenderung ke arah LGBT

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
'Awasi perubahan anak cenderung ke arah LGBT

A view of the sea
ROHAIZAD menunjukkan antara memori kehidupan silam yang sudah lama ditinggalkan di telefon bimbit.
Klang: Ibu bapa diingatkan supaya mengambil tindakan awal dengan segera jika melihat tanda atau perubahan anak-anak yang cenderung ke arah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kaunselor Motivasi dan Keluarga, Hushim Salleh berkata, tindakan awal itu penting bagi membendung gaya hidup negatif berkenaan menjadi lebih parah apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa.

"Sebagai kaunselor, saya lihat banyak kes berkaitan LGBT berlaku kerana anak muda terjebak dengan gaya hidup negatif menerusi media sosial serta kehidupan di asrama.

"Apa yang lebih membimbangkan perkara itu seolah-olah dinormalisasi dengan golongan berkenaan mempunyai kumpulan tersendiri dan memperagakan gaya hidup mereka secara terbuka," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Klang berkata, ibu bapa memainkan peranan penting menjaga anak-anak sejak di peringkat kecil bagi mengelak terjebak dengan gejala berkenaan.

"Ramai ibu bapa tiada ilmu mengenai LGBT tidak sedar anak mereka terjebak.

"Justeru itu, terap budaya bapa sepatutnya rapat dengan anak lelaki manakala ibu rapat dengan anak perempuan.

"Jika anak-anak sudah nampak tanda-tanda membimbangkan, ibu bapa perlu bawa anak ke sesi kaunseling. Usah abaikan tanda berkenaan," katanya.

Menurutnya, di Selangor, ada golongan bergelar asnaf ar-riqab yang diberi pengisian fardu ain serta motivasi kaunseling untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

"Segala tingkah laku dan ketagihan (menjadi LGBT), boleh dipulihkan meskipun berdepan banyak cabaran untuk berubah.

"Harus diingat ada pihak di luar sana sudi membantu golongan LGBT yang mahu berubah asalkan mereka tidak berputus asa," katanya.

Disiarkan pada: March 24, 2025 @ 12:05pm
 
Back
Top
Log in Register