BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awasi anak anda >> 7 Sin

Salah satu cara yang digunakan dalam penjajahan MINDA....
 
ish..ish..ish!!! hampeh tol , semakin canggih teknologi...semakin rosak akhlak

makin canggih teknologi makin mudah la nak menyebarkan propaganda jahat org kapir ni..lg halus la cara depa..:mad:
 
dunia akhir zaman..
eh, aku rasa ada game playboy la kat komputer rumah ni..
ha, mesti adik2 aku letak ni..
xtaula palyboy yg mana..
aku nmpak lambang palyboy jek...
aku dh pandang semacam jek....:-?

game playboy mansion tu ajar camne nak manage jual majalah playboy sambil jadi direktor fotografi.. hehe
 
KUALA LUMPUR: Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini...ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

“Saya hanya perlu melengkapkan beberapa misi sebelum dapat imbuhan iaitu watak seorang wanita berbogel...paling best dapat tengok dia main (melakukan hubungan seks),” kata seorang daripada mereka tanpa mempedulikan orang ramai.

Seorang daripada kumpulan murid berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 12, mengaku ketagih bermain permainan video berkonsep lucah itu.

“Mulanya tak nampak apa yang menarik mengenai permainan ini, tapi selepas mencuba barulah saya tahu.

“Saya boleh terangsang ketika bermain permainan ini membuatkan saya ketagih mencuba beberapa jenis lagi permainan berbentuk lucah,” katanya.

Menurutnya, dia seronok melihat karakter wanita itu berbogel, malah turut mengajar bagaimana hendak mencari titik rangsangan pada tubuh wanita.

Selain 7 Sins, dia mendakwa terdapat beberapa lagi permainan berkonsep seks seperti Playboy Mansion 2 yang mengajar pemain membuat majalah lucah.

Permainan The Guy Game pula memerlukan pemain menjawab soalan untuk melihat gambar wanita bogel.

“Kalau dapat markah tinggi kita boleh tengok pula wanita itu menari tarian cabut baju (tarian bogel),” katanya.

Rakannya, Ashraf, 13, turut mengakui mengenali permainan itu melalui Internet.

“Permainan itu kini menjadi bualan hangat di laman sembang tempatan, malah saya memperoleh tip bagaimana memenangi permainan itu dengan mudah.

“Kalau tak dapat sempurnakan satu misi, saya tanya pada rakan. Mesti dia orang tahu dan ajar cara nak menang,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang mencuba ketiga-tiga permainan itu mendapati ia tidak sesuai memasuki pasaran negara ini.

Permainan itu menggalakkan pemain melakukan tujuh jenis dosa yang dilaknat agama secara realitinya, termasuk zina dan minum arak.

Sebagai contoh, 7 Sins mengajar pemain menjadi kasanova dan misinya perlu mendapatkan seorang kenalan wanita untuk beraksi di ranjang.

Sekiranya gagal melakukan tujuh dosa itu, pemain dianggap gagal menyelesaikan misinya.

Berlainan pula dengan Playboy Mansion, pemain perlu mencari wanita untuk menghasilkan majalah lucah.

The Guy Game pula adaptasi daripada sebuah rancangan realiti televisyen. Konsep permainannya mirip rancangan soal jawab, bezanya setiap kali soalan berjaya dijawab pemain akan dihadiahkan visual wanita menayangkan buah dada.

Lebih banyak soalan dijawab dengan betul, lebih banyaklah alat sulit wanita itu boleh dilihat sehingga sampai satu tahap dapat menatap keseluruhan tubuhnya tanpa seurat benang.

Ketiadaan undang-undang khas membendung penjualan dan pengedaran permainan jenis itu membuatkan ia seolah-olah halal dimainkan golongan muda.

Ia boleh dibeli semurah RM5 sekeping dan RM2 pula dikenakan peniaga untuk sejam bermain di kedai mereka.

Tidak mustahil melalui bahan permainan berunsur negatif demikian, dapat menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan remaja yang sedia parah pada hari ini.

Dalam games pun boleh nak sesatkan orang

ni yahudi punya kerja la ni nk sesatkan org islam
 
Video game lucah

KUALA LUMPUR: Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini…ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

Berita Lagi kat http://awekmelayuboleh.com/pelajar-sekolah-dan-video-game-lucah/


budak budak skarang dah pandai main game lucah....apa jadi 3 4 5 tahun akan datang?

Adakah game ini akan merosakkan akhlak mereka dan timbul perasaan ingin mencuba..
 
mmg budak2 mudah terdedah ngan benda2 mcm ni skrg..nak control pun susah.cuma kontrol la anak/famili masing2
 
Kecik2 dah kenal dengan seks ni, itulah yang bakal menjatuhkan maruah Orang Islam nanti.....
 
Back
Top
Log in Register