BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas memberi salam...

mieruz

Fun Poster
Messages
225
Joined
Sep 2, 2010
Messages
225
Reaction score
141
Points
28
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada
cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya
ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan
salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"

dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

"WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye" ......contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita
ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan
"Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita
ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalamualaikum".

Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa
Yahudi.Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka
Kamu."Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan
bagi"Assalammualaikum."

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri
daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Maaf, kalau dah ada... sekadar berkongsi ilmu dan peringatan.
 
hmmm ada lagi..

penjelasan pun da pernah diberikan..

kenapa la mudah sangat orang kita ni sebar2 kan benda yg mereka xkaji dulu..
 
hmm...mekasih TT...
T.T bila kita rasa apa yg kita buat tu baik sebenarnya tak semestinya betul.
huhuhu
 
benda mcm ni remeh...tapi ramai kita tak tahu...saya pun tak tahu...
 
hmmm ada lagi..

penjelasan pun da pernah diberikan..

kenapa la mudah sangat orang kita ni sebar2 kan benda yg mereka xkaji dulu..

Alamak.. Tak betul ka info TT ni... Kalu tak betul, ada sesapa boleh buat pembetulan atau buang jer thread ni..
 
Back
Top
Log in Register