BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AWAS! Fahami dan atasi Kanser Prostat

abangpower

Active+ Member
Messages
3,900
Joined
Sep 5, 2010
Messages
3,900
Reaction score
461
Points
41
Assalamualaikum amigos! Aku bertemu dgn kawan lama sebaya aku 40an, sembang2 bru tau dia kena kanser prostat. Antara kesan dia, dia susah nk tahan kencin, jadi pi mana2 kena pakai pampers. nak solat jemaah @ jumaat di masjid menjadi payah bagi dia tapi dia usahakan jugak, masuk waktu azan dia akan bersihkan diri dpd najis & pi masjid. Aku risau bab kanser prostat ni jadi aku kongsi artikel yg aku jumpa, moga2 dpt manfaat insyaAllah.

image.jpg


RAMAI yang mengetahui menganggap kanser prostat dihidapi lelaki berusia. Tapi itu tidak bermakna lelaki yang masih muda boleh mengabaikannya. Di usia mudalah lelaki patut mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat merendahkan risiko kanser prostat ketika tua nanti.

Hakikatnya, kanser prostat merupakan salah satu pembunuh utama kaum lelaki di Malaysia.

Berikut antara gaya hidup sihat yang boleh diamalkan generasi muda agar terhindar daripada kanser prostat:
Langkah Awal Cegah Kanser
Senaman

Lelaki yang bersenam sekurang-kurangnya tiga jam seminggu mempunyai risiko 61% lebih rendah untuk mendapat kanser prostat berbanding dengan lelaki yang bersenam kurang dari satu jam seminggu.

Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap minggu ialah berlari, berbasikal, berjalan, berenang, dan melakukan kerja-kerja luar yang mengeluarkan peluh.
Diet

Diet dan gaya hidup mempunyai kesan untuk menurunkan risiko kanser prostat. Lelaki perlu makan karbohidrat yang tinggi serat, kurangkan minuman bersusu serta mengelak diabetes dan faktor risiko sakit jantung agar terlindung daripada kanser prostat.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat

Gejala-gejala awal yang tidak jelas telah menyebabkan para pesakit tidak menyedari mereka sedang menghidap penyakit kanser prostat sehinggalah ianya mengancam nyawa.

Oleh sebab itu, lelaki yang berumur 45 tahun ke atas perlu menjalani ujian saringan iaitu ujian darah yang dipanggil Prostate Specific Antigen (PSA) supaya kanser prostat boleh dirawat di peringkat awal.

Sebilangan kajian cenderung untuk menyokong kenyataan bahawa perubahan gaya hidup boleh memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser prostat seperti mengamalkan diet lemak rendah berasaskan tumbuhan, diet lemak rendah dan kandungan serat tinggi, pengurangan stres, latihan fizikal (sukan), memakan banyak ikan, sos tomato, suplemen diet yang berasaskan soya, jus delima dan lain-lain.
Kenali Gejala Kanser Prostat

Kerap membuang air kecil.
Aliran air kencing yang perlahan.
Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
Kehadiran darah dalam air kencing.
Kesakitan kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
Sakit tulang dan lumpuh.
Rosak buah pinggang.
Penurunan berat badan.
Bengkak pada kaki dan tangan.

Rawatan-rawatan untuk kanser prostat ialah;

Pembedahan sama ada terbuka atau dengan menggunakan robot.
Rawatan radiasi rawatan hormon.

Kebanyakan lelaki muda alpa dengan penyakit kanser prostat kerana ia hanya menyerang lelaki berusia. Ia menyebabkan mereka tidak menyedari bahayanya.

Sikap ambil ringan boleh memberi kesan di masa depan kerana apa yang dilakukan pada hari ini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan pada masa tua kelak.

Jadi, sebab itulah penting untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dari sekarang.

sumber - http://www.sinarharian.com.my/maskulin/fahami-dan-atasi-kanser-prostat-1.752212
 
65% kebarangkalian seseorang mendapat kanser adalah dari GAYA HIDUP SEHARIAN (Daily Life).
 
Back
Top
Log in Register