BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas, anda diperhatikan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN 25 Sept. - Jika anda terfikir untuk melakukan kesalahan di jalan raya, baik lupakan sahaja kerana setiap gerak geri anda akan diperhatikan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.

Malahan, jika anda cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan atau berpatah balik selepas terlihat anggota JPJ di hadapan, anda tetap tidak akan terlepas pandang daripada anggota penguat kuasa itu yang akan menjalankan tugas-tugas penyamaran.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah JPJ negeri, Kamal Saad selepas melancarkan Ops Sikap 17 di perkarangan bangunan JPJ negeri, yang melibatkan 120 anggota penguat kuasa.

''Jangan cuba 'bersembunyi'. Jangan cuba melarikan diri, kami bertegas untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Turut hadir Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ negeri, Abdul Manaf Salleh yang akan mengetuai Ops Sikap 17 JPJ negeri.

Katanya lagi, pemandu yang memberhentikan lori, kereta mahupun motosikal di tepi jalan juga tetap akan 'diburu' oleh anggota penguat kuasa JPJ kerana mengganggu aliran lalu lintas.

''JPJ bertegas, jika ada kenderaan yang menggunakan cukai jalan palsu, lesen memandu palsu, tamat tempoh, tidak punyai insurans dan sebagainya, pihak JPJ akan menyita kenderaan tersebut.

''Kita tidak akan benarkan kenderaan 'bermasalah' sebegini berada di atas jalan raya kerana ia boleh mengancam nyawa penumpang dan pengguna yang lain," tegasnya.

Kamal turut memberi peringatan kepada pemandu bas terutamanya bas ekspres agar berhenti berehat jika kepenatan atau menggantikan dengan pemandu kedua.

''Jangan memandu bas dalam keadaan letih kerana ia membahayakan penumpang. JPJ akan mengekori bas yang berada dalam keadaan tidak stabil ini, dipandu lebih had laju dan membahayakan penumpang," tegasnya.

Mengenai Ops Sikap 17 di negeri ini, Kamal memberitahu, tiga lokasi strategik akan menjadi pusat pemantauan kekal iaitu di stesen bas Terminal One di sini, Stesen Timbang JPJ di Pedas, Rembau serta di semua Plaza Tol.

''Saya nasihatkan kepada anggota penguat kuasa JPJ supaya menjaga keselamatan diri dan tidak mahu kejadian seperti tahun lalu, di mana sekatan JPJ dirempuh kenderaan di laluan ke Mambau berulang kembali.

''Ketika kita menjalankan tugas, jangan sampai terlupa untuk kita mengikuti SOP standard operating procedure. Kalau kita ikut, ia tidak akan menjadi masalah," jelasnya.

Kepada pemandu kenderaan yang kini dalam perjalanan untuk balik ke kampung halaman masing-masing, Kamal menegaskan; ''pandulah berhati-hati dan patuhilah semua peraturan jalan raya yang ditetapkan."

''Kadang kala kita terlalu seronok sehingga memecut laju, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memintas kenderaan yang beratur dan melanggar lampu isyarat.

''Keseronokan inilah yang akan membawa maut. Awas, anda semua kini sedang diperhatikan oleh anggota penguat kuasa JPJ," ujar Kamal.

gempaq saja lebih. cukup ker kakitangan nak menyamar satu malaysia nie. AWAS ANDA JUGA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH TONTO

:eek::eek::eek:
 
skrg dah advance..teknologi dan apa segala..susah nak lari
 
anda semua diperhatikan...huhu..ganas ayat
 
Jangan main ooo JPJ.... kang tak pasal kena blacklist...
kalau cuba lari JPJ, surat akan sampai... panggil buat inspection kenderaan...
 
cukup ker tak derang jpj nak cek satu mesia nih?
 
JPJ? buat aper nak takut kalau tak salah. Kalau mereka saja cari masalah kiter tu yg jadi masalah.
 
fuyo... ayat die....
tak boleh tahan....
:eek::eek::eek:
 
ayat dia bikin gempak je... tapi tengok nanti, sama jer... saja nak takutkan orang ni... :eek::eek::eek:
 
konfius dah....JPJ dan Polis Trafik....Malaysia, itu la masalahnya...keseragaman undang2 antara badan berkuasa dan jenis2 kesalahan..Macam rakyat Malaysia tersepit oleh dua badan berkuasa ni la..
 
Back
Top
Log in Register