balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JELEBU - Jangan terkejut sekiranya anda menerima surat peringatan atas kesalahan membuang sampah keluar dari kenderaan.
Ini kerana, menerusi kaedah baru dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), satu pasukan khas ditubuhkan bagi merakam perlakuan individu yang bertindak membuang sampah dari dalam kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Abd Rahim Md Noor berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendapatkan butiran kenderaan serta rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan PBT.
"Kita akan berkolaborasi dengan agensi-agensi lain bagi mencari dan mendapatkan maklumat sesiapa sahaja yang suka membuang sampah merata-rata.
“Contohnya bagi mengesan nombor plat kenderaan yang pemandunya membuang sampah merata-rata, kita akan rujuk dengan JPJ untuk mendapatkan maklumat lengkap pemiliknya bagi tujuan menghantar surat peringatan kepada mereka,” katanya ketika ditemui mengadakan lawatan di pada operasi pembersihan khas di Kuala Klawang, dekat sini.
Hadir sama, Pengarah PPSPPA Negeri Sembilan, Mohd Azhar Abd Hamid.
Abd Rahim berkata, dengan cara itu, pihaknya berharap orang ramai lebih bersikap prihatin terhadap tanggungjawab mereka menjaga kebersihan.
Selain itu, menurut Abd Rahim, orang ramai juga dialu-alukan turut serta menjadi pemerhati kepada PPSPPA dengan merakam gambar mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
“Kita harap orang awam juga dapat membantu menyumbang maklumat kepada kita dan gambar yang diambil boleh dihantar kepada perbadanan ini di negeri masing-masing sama ada menerusi Whatsapp atau emel.
“Dengan maklumat ini kita dapat mengambil tindakan segera, sekali gus membuatkan orang ramai berfikir terlebih dahulu untuk membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/awas-anda-diperhatikan-1.275298