BTC USD 86,477.3 Gold USD 4,342.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awak - A True Love Story

Awak - A True Love Story (Part 9)

Awak…seperti yang saya katakan…
Hati ini telah berdetak…bagaikan dapat menjangkakan sesuatu…
Sesuatu malapetaka…yang akan menimpa hubungan kita…
Dan suara hati ini…meronta-ronta…
Bagaikan merayu-rayu…agar segala-galanya…
Hanyalah ilusi…dan khayalan semata-mata…
Dan semoga ianya takkan hadir…
Dalam dunia yang nyata ini…

Awak…hati ini makin bimbang…
Mengapa tiba-tiba terasa begini…
Adakah mata hati ini celik…
Adakah mata hati ini buta…
Saya sendiri pun tak pasti…
Saya rasakan bagaikan telah dianugerahkan…
Satu lagi keupayaan…
Yang lain dari yang sedia ada…
Yang mungkin amat berguna…
Ataupun hanyalah cuma menambahkan…
Kesangsian dan kecelaruan pada diri ini…

Awak…sejak dari itu…
Saya dapat rasakan…hubungan kita…
Terasa hambar…seperti ada sesuatu…
Yang menjadi batu penghalang…
Pada ikatan cinta…yang telah kita…
Jalinkan bersama…

Awak…firasat hati ini mengatakan…
Ada sesuatu yang tak kena…
Dengan diri awak…namun diri ini tak mampu…
Berbuat apa-apa…hanyalah mampu berdoa…
Dan terus berdoa…agar segala-galanya…
Akan menjadi sesuatu yang terindah…
Dan bukannya…sesuatu yang amat memeritkan…

Awak…sedari itu…
Saya tak berkesempatan…untuk bersama…
Diri awak lagi…

Awak…saya masih ingat…
Waktu awak pulang ke rumah…tinggalkan saya keseorangan…
Di kampus ini…hanyalah bertemankan buku-buku…
Dan nota-nota kuliah…
Yang senantiasa setia…bersama diri ini…
Awak…bila saya kata…
Saya rindu awak…bila saya kata…
Bila nanti…kita akan berjumpa…
Awak kata pada saya…
Kenapa dengan awak nii…saya baru balik kejap…
Awak dah tak senang hati…saya bukannya pergi jauh pun…
Saya balik 2, 3 hari aje…
Sepanjang saya takde kat sana…
Awak duduk baik-baik ya…

Awak…saya kata pada awak…
Ye lah…awak jangan bimbang…
Saya takkan wat perkara tak baik…
Kat belakang awak…pasal hati ini…
Dah sangkut pada sorang awek tu aje…

Awak…tiba masa hari peperiksaan…
Saya masih tak dapat jumpa dengan awak…
Walaupun buat seketika waktu…
Awak…hati ini makin hairan…
Hati ini makin resah…
Kenapa hubungan kita…
Boleh jadi seperti ini…

Awak…walaupun satu hari tu…
Kita ambil peperiksaan bersama-sama…
Tapi saya tak sempat jumpa awak…
Pasal awak datang awal…dan saya pula…
Datang tepat pada masanya…peperiksaan dah pun nak bermula…

Awak…masa duduk dalam dewan…saya tak nampak pun awak…
Pasal orang ramai sangat…
Saya pandang kiri…saya pandang kanan…
Saya pandang depan…saya pandang belakang…
Namun…bayang awak pun saya tak nampak…
Awak…bermulanya peperiksaan…
Saya jawab dengan tenang…
Tup!! Tup!!…separuh masa telah berlalu…
Saya nampak kelibat awak…
Berjalan keluar dari dewan…
Itupun dari belakang…tanpa melihat wajah awak…
Tapi saya cam awak…pasal awak awek saya…
Dan saya tak boleh keluar lagi…
Pasal saya belum habis jawab lagi…

Awak…hati ini berharap…
Agar awak sudilah kiranya…
Menunggu saya kat luar dewan…
Hinggalah saya keluar nanti…

Awak…masa menjawab telah pun tamat…
Seperti biasa…saya semak apa yang patut…
Pada set soalan yang telah saya jawab…
Manalah tahu…takut ade ape-ape maklumat…
Yang masih belum diisi…

Awak…setelah berpuas hati…
Saya bingkas bangun…keluar dari dewan…
Meninggalkan set soalan itu…
Di atas meja…untuk dipungut pengawas peperiksaan…

Awak…dengan penuh harapan…
Dan dengan penuh keyakinan…
Saya percaya…awak sedang tunggu saya…
Kat luar dewan tu…pasal saya dah bagitau kat awak…
Yang saya nak jumpa awak…

Awak…kuar-kuar aje…
Saya terus cari awak…
Mundar-mandir…saya ke sana ke sini…
Tapi batang hidung awak pun saya tak nampak…

Awak…tanpa buang masa…
Saya terus beredar…berjalan pulang ke kolej…
Biarpun waktu itu…hari hujan…
Tapi saya redah juga…pasal saya dah tak sanggup…
Nak duduk kat depan dewan tu…
Sebab saya menjangkakan…
Yang awak dah pulang…
Tapi saya masih tak berputus asa…
Dan saya masih mengharapkan…
Yang kita akan berjumpa juga…
Pada hari itu…

Awak…saya malas nak sms awak…
Untuk mengetahui dimanakah awak berada…
Saya tak nak tahu apakah hakikat…yang sebenarnya…
Saya takut awak kata…
Awak dah ada kat kolej…
Awak dah pulang…maknanya awak dah tinggalkan saya…
Dan awak tak tunggu saya pun…

Awak…saya fikir…
Kalau ya pun awak dah pulang…
Tak semestinya…awak dah sampai kat kolej…
Walaupun awak keluar awal…
Pasal waktu itu hujan mula turun…
Dan tak mungkin awak naik bas…
Pasal saya tahu bas takde…
Sebab masa masih awal…
Tika awak keluar dari dewan…
Dan bermaknanya awak pulang…
Dengan berjalan kaki…dan mungkin singgah di mana-mana…
Untuk berteduh…sementara hujan reda…

Awak…hati ini berharap…
Agar saya sempat kejar awak…
Pasal saya terlalu rindu pada awak…
Sambil berlari…saya terfikir…
Biarlah kalau awak tak nak jumpa saya…
Tapi sekurang-kurangnya…
Saya dapat menatapi wajah awak…
Walaupun cuma untuk satu detik…
Moga-moga terubat juga…
Rindu dihati ini…
Dan bagi saya…itu sudah memadai…
Untuk hari ini…

Awak…hati ini sungguh sedih…
Seraya…hati ini tiba-tiba menangis…
Sampai hati awak tak tunggu saya…
Awak kata…hari ini awak nak jumpe saya…
Tapi awak dah mungkir janji…
Takkanlah awak tak boleh tunggu saya…
Walaupun untuk cuma…5 minit saja…

Awak…masa berjalan…
Macam-macam yang saya fikir…
Seribu satu persoalan…yang bermain di minda ini…
Adakah awak marahkan saya…
Adakah awak dah tak suka saya…
Ataupun awak sudah membenci diri ini…
Walaupun basah kuyup…walaupun sejuk…
Tapi disebabkan hati gundah gulana…
Yang sejuk…tak terasa sejuk…
Yang basah…tak dihiraukan…
Awak…berlari- lari saya…
Di dalam hujan…dengan harapan yang tinggi menggunung…
Harap-harap sempat kejar awak…
Habis kotor kasut saya…kerana terkena percikan…
Air becak…yang berada di sepanjang jalan…
Namun pemburuan saya…menemui kegagalan…
Saya tak dapat pun menjejaki awak…
Dan saya pulang dengan hampa…

Awak…sesampainya saya di kolej…
Saya sms awak…tanya awak ade kat ner…
Awak bagitau…yang awak dah ade kat kolej…
Nampaknya dugaan pertama saya…
Adalah benar…

Awak…walaupun begitu…
Saya tak marahkan awak…
Walaupun awak…tak tunggu saya…
Kerana saya amat menyayangi…
Diri awak yang satu…
Biarpun hati ini…sedikit terguris…

Awak…hari itu hari terakhir awak…
Menduduki peperiksaan…sedangkan saya…
Masih ade lagi paper…yang belum langsai…
Maknanya awak dah boleh pulang…
Ke rumah…untuk bercuti…
Di hujung semester…

Awak…keadaan ini…
Membuatkan saya…lagi runsing…
Dan kalau awak pulang…maka tak dapatlah saya…
Berjumpa dengan awak lagi…
Untuk suatu tempoh…yang agak lama…

Awak…hati ini…terus menangis…
Dan terus menangis…namun saya ambil keputusan…
Hanyalah berdiam diri…dan terserahlah pada takdir…
Yang bakal mencorakkan…kisah cinta…
Di antara kita…


Bersambung Dalam Awak - A True Love Story (Part 10)
 
panjang bebeno
teknik pemyampaian kurang menarik
kang abes kang visitor message aku
aku br sekaligus je
hahahaha
 
panjang bebeno
teknik pemyampaian kurang menarik
kang abes kang visitor message aku
aku br sekaligus je
hahahaha

nak menarik kena tgu citer aku sendiri la...:))

coming soon...soon....
 
kurenng la..

tak berapa nak tersentuhpun..
 
Back
Top
Log in Register