ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Julie Bishop
SYDNEY - AUSTRALIA. Menteri Luar Australia, Julie Bishop menggesa pendekatan serantau untuk menangani sindiket pengedaran dadah dan beliau turut berpendapat hukuman mati tidak akan menghentikan aktiviti jenayah itu.
Kelmarin, Canberra memanggil balik dutanya dari Indonesia selepas dua rakyat negara itu, Myuran Sukumaran dan Andrew Chan ditembak mati skuad menembak bersama lima lagi pesalah dadah asing dan seorang warga tempatan.
"Saya tidak percaya bahawa hukuman mati mampu menghalang pengedaran dadah di rantau ini dan saya yakin kita perlu tindak balas serantau untuk mengatasi masalah tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, Australia mahu mengadakan perbincangan bersama Indonesia dan negara jiran lain berhubung usaha serantau dalam membanteras jenayah terbabit.
"Saya tidak nampak bagaimana pelaksanaan hukuman mati terhadap dua rakyat negara ini mampu mencegah jenayah itu daripada terus berleluasa. Terdapat banyak lagi isu serantau lain yang perlu ditangani," katanya lagi. - AFP