eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KOTA BHARU 19 Sept. - Akibat merogol cucu tirinya berusia tiga tahun lima bulan lebih setahun lalu, seorang lelaki berusia 35 tahun dipenjara 15 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Zainal L. Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh berasal dari Machang, gagal membuktikan keraguan munasabah.
Dia yang bekerja kampung, dituduh merogol cucu tirinya itu pada April 2009 kira-kira pukul 9 pagi di dalam bilik sebuah rumah di Taman Desa Arif, Machang.
Zainal menolak permohonan peguam bela tertuduh, Roziman Mohd. Nor supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman ringan kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain menghidap penyakit najis berdarah.
Dalam rayuannya, Roziman juga memberi alasan anak guamnya perlu menanggung ibunya yang sudah tua dan sering dimasukkan ke hospital.
Sebaliknya, Zainal bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan sumbang mahram adalah keji dan tidak diterima oleh masyarakat.
"Dilihat pada tuntutan undang-undang, kesalahan yang kamu lakukan bukan sahaja menjijikkan dan tidak sepatutnya berlaku kepada kita manusia, hanya haiwan yang tidak mengenal hubungan sesama mereka.
"Hukuman tersebut bukan sahaja pengajaran kepada kamu tetapi masyarakat bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku.
"Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan dan kamu dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dengan 10 sebatan rotan dari tarikh ditangkap," katanya.
Tertuduh yang ditangkap pada 10 Mei 2009 dan telah bercerai dengan isterinya, seorang janda yang memelihara mangsa, sepanjang perbicaraan kes tersebut.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.