TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kerian: “Saya nekad terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkan atuk namun sedih kerana gagal selamatkan nyawanya,” kata seorang kanak-kanak, Daniel Fikri Mohd Zaini, 12, yang cuba menyelamatkan datuknya, Samsuddin Osman, 56, selepas mangsa terjatuh ke dalam Terusan Selinsing, Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, Semanggol, di sini.
Dalam kejadian jam 4.15 petang kelmarin, mangsa yang juga seorang pesara polis meninggal dunia sejurus ditarik naik oleh cucunya itu yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan datuknya.
Daniel berkata, kejadian berlaku ketika dia menemani datuknya menjala ikan di terusan berkenaan bermula sekitar jam 2 petang kelmarin.
“Pada mulanya atuk nampak gembira sehinggalah dia tiba-tiba muntah tanpa henti selepas menebarkan jalanya. Dia kemudian hilang imbangan badan sebelum jatuh ke dalam terusan itu.
“Atuk kemudian terkapai-kapai sambil meminta tolong. Dia sekejap tenggelam dan timbul di permukaan air.
http://www.hmetro.com.my/articles/Atuklemas//Article