TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
ATLET pelapis boling kebangsaan, Khoo Beng Khai (gambar) meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung ketika menaiki kereta bersama rakannya di kawasan tempat letak kereta Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, Beng Khai yang berusia 20 tahun itu pengsan secara tiba-tiba pada pukul 11.45 malam kelmarin ketika rakannya sedang meletakkan kereta di kawasan itu selepas pulang daripada makan malam di sebuah restoran berhampiran.
"Saya difahamkan, Beng Khai baru sahaja selesai makan malam di restoran berhampiran bersama empat lagi rakan atlet boling lain.
"Ketika kejadian, rakannya panik apabila mendapati Beng Khai tidak sedarkan diri lalu menarik brek tangan kereta untuk mengelak kemalangan sebelum menghubungi ambulans," kata Zolkples kepada pemberita di Hospital Serdang semalam.
Katanya petugas ambulans yang tiba di tempat kejadian memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) sebelum atlet terbabit dikejarkan ke Hospital Serdang.
Bagaimanapun, Beng Khai disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 1.15 pagi semalam.
Zolkples berkata, mendiang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda gangguan kesihatan dengan laporan pemeriksaan kesihatan yang dibuat dua bulan lepas adalah baik.
"Kematian Beng Khai adalah satu kehilangan besar buat sukan boling. Dia merupakan seorang atlet yang tidak mudah mengaku kalah dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Sidney Tung berkata, mayat mendiang dibawa pulang ke Pulau Pi- nang semalam sebelum majlis pengebumian esok.
Beng Khai merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mula menyertai program pelapis boling kebangsaan sejak Januari 2009.
Mendiang pernah menjuarai acara remaja terbuka pada Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon, Mac lalu.