ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abdul Razak menyusun antara produk yang akan dijual di tapak jualannya sepanjang Ramadan ini.
AT Cupcakes & Bakeri menyasarkan jualan RM1.7 juta menerusi jualan pelbagai produk biskut raya sepanjang Ramadan ini.
Pengarah Urusannya, Abdul Razak Osman berkata, tahun ini, syarikatnya membuka 11 tapak jualan, dengan 10 di Lembah Klang dan satu di Seremban.
"Kesemua tapak-tapak ini dibuka di pusat membeli-belah seperti Aeon, Aeon Big dan satu di Tesco Ampang.
"Tahun lalu, kami hanya membuka dua tapak dan mendapat jualan menggalakkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di pejabatnya di Sri Rampai, baru-baru ini.
Menurutnya, permintaan biskut raya sepanjang Ramadan adalah tinggi dan beliau mengakui tidak menang tangan.
"Biasanya dua hari sebelum raya, biskut raya kami sudah habis dijual.
"Tahun ini, kami sudah menyediakan stok biskut yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Abdul Razak berkata, jualan sepanjang Ramadan ini, syarikatnya bukan sahaja menjual produk miliknya tetapi juga turut menjual produk-produk biskut daripada usahawan tempatan lain."Selain menjual biskut dan kek keluaran sendiri, kami juga ingin membantu usahawan lain yang ingin jual produk di tapak kami.
"Bagaimanapun, kami akan memilih produk-produk yang berkualiti setanding dengan produk kami sebelum menjualnya," katanya.
AT Cupcakes & Bakeri ialah syarikat milik Bumiputera yang bermula pada 2010 dengan produk pengenalan kek cawan di kebanyakan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.