BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,188.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASUS ExpertBook B9 Akan Memasuki Pasaran Tempatan - RM6299

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,645
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,645
Reaction score
7,746
Points
916
ASUS Malaysia hari ini mengumumkan bahawa komputer riba produktiviti terbaru mereka, iaitu ASUS ExpertBook B9 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Asus-ExpertBook-B9450FA-A-950x534.jpg


ASUS ExpertBook B9 ini adalah siri komputer riba produktiviti nipis dan ringan terbaru daripada ASUS yang bukan sahaja dikuasakan oleh siri CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake, tetapi juga hadir dengan binaan dan rekaan yang tidak dilihat oleh komputer riba mereka sebelum ini.

Asus-ExpertBook-B9450FA-L-950x534.jpg


Rangka ExpertBook B9 ini diperbuat daripada aloi magnesium lithium yang membolehkan komputer riba ini mempunyai berat 870g dan ketebalan 1.49cm sahaja. Ia juga cukup tegap untuk merumahkan komponen-komponen yang lain.

Asus-ExpertBook-B9450FA-H-950x534.jpg


Ia mempunyai paparan IPS bersaiz 14 inci dan resolusi Full HD yang berbingkai nipis melalui teknologi NanoEdge yang digabungkan dengan rekaan engsel ErgoLift yang menjadikan pengalaman menaip anda lebih selesa.

ExpertBook B9 dijana oleh pilihan CPU Intel Core i5-10510U dan Intel Core i7-10710U, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 1TB.

Satu berita gembira buat mereka yang gemar melakukan kerja ataupun riadah di luar rumah ataupun pejabat, ASUS menjanjikan jangkahayat bateri selama 24 jam dengan satu pengecasan penuh.

Asus-ExpertBook-B9450FA-J-950x534.jpg


Dengan ini, anda tidak perlu membawa sebarang palam pengecasan apabila anda menggunakan komputer riba di luar rumah ataupun pejabat apabila anda bertemu klien ataupun rakan-rakan.

Asus-ExpertBook-B9450FA-F-950x534.jpg


ExpertBook B9 ini juga menggunakan pad sesentuh yang boleh diubah menjadi NumberPad apabila diperlukan. Selain daripada itu, ia turut hadir dengan sokongan untuk sambungan Internet WiFi6 dan juga Thunderbolt 3 untuk kadar penghantaran data berwayar dan nirwayar yang pantas.

Asus-ExpertBook-B9450FA-D-950x534.jpg


Pra-tempah ASUS ExpertBook sudahpun bermula, manakala jualan di pasaran tempatan melalui kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee dan juga pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia pada harga-harga berikut:
  • ASUS ExpertBook B9450 (Core i5, 8GB RAM, 2Cell) – RM6299
  • ASUS ExpertBook B9450 (Core i5, 8GB RAM, 4Cell) – RM6599
  • ASUS ExpertBook B9450 (Core i7, 16GB RAM, 4Cell) – RM8299
  • ASUS ExpertBook B9450 (Core i7, 16GB RAM, 4Cell) – RM8599
 
Back
Top
Log in Register