BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod "Sleep"

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
istockphoto-1193164305-640x640-1.jpg



Proses muat turun fail yang besar ataupun mengimbas sistem pada PC kebiasaannya memakan masa yang lama yang mana anda berkemungkinan meninggalkan PC dengan skrin terbuka untuk sementara waktu bagi menjalani aktiviti lain. Tetapan asal pada PC akan menyebabkan ianya di tidurkan sekiranya Lid ataupun layarnya ditutup sangat menjengkelkan bagi sesetengah situasi.

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tetapan PC agar ianya tidak di tidurkan walaupun layar atau Lid di tutup agar proses yang anda sedang jalankan tidak terhenti.





Pertama sekali masuk ke menu Control Panel dengan membuat carian pada Windows.

1.png


Kemudian Pilih menu Hardware and Sound > Power Options.

2.png


Seterusnya pilih menu berikut.

3.png


Akhir sekali tetapkan pelihan berikut pada menu Do Nothing dan disusuli menekan tombol Save Changes.

4.png


Maka dengan itu setiap kali Laptop anda ditutup layarnya, sisitem windows akan tetap berfungsi seperti biasa.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.
 
Buat macam ni laptop/screen jadi panas lain macam pengudaraan laptop dah terhad. Boleh collapse system lau buat berterusan.
 
Buat macam ni laptop/screen jadi panas lain macam pengudaraan laptop dah terhad. Boleh collapse system lau buat berterusan.
Sleep mode tu nak bagi laptop rehat jap

cara yang diberi tu memang betul, tapi ianya berfungsi untuk padam LCD sahaja, komputer masih jalan .. katakan pengguna nak keluar pergi kedai untuk selama 30 minit atau 1 jam, boleh set cara di atas dan tambahan untuk biarkan processor jalan pada had rendah dan tutup / rehatkan HDD (Hard Disk) .. buat cara macam saya ..

1659611247558.png

1659611299852.png


cara yang saya beri di atas takkan beri laptop panas :)
 
Back
Top
Log in Register