BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro Memperkenalkan Update EPG Baru Untuk Dekoder Beyond

lpsoldier007

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,548
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,548
Reaction score
494
Points
141
Astro sedia menawarkan pelbagai kandungan meliputi pelbagai bahasa melalui pilihan salura-n-saluran mereka. Kini, dalam terus memudahkan pengguna tempatan menggunakan perkhidmatan mereka, Astro turut melancarkan Panduan TV yang kini hadir dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan juga Tamil.

Sokongan Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) yang menyokong pelbagai jenis bahasa ini bakal diperkenalkan kepada pelanggan Astro B.yond secara berperingkat bermula 24 Februari ini.

Pihak Astro turut menawarkan enjin carian dalam pencarian kandungan dengan lebih mudah, dimana pengguna boleh melihatnya mengikut tajuk, tahun siaran, tarikh siaran dan sebagainya.


astro-byond-02.jpg

astro-byond-03.jpg



Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Astro turut berkongsi mengatakan sokongan antaramuka baru ini akan hadir kepada pengguna Astro IPTV tidak lama lagi.

Untuk mengemaskininya kelak, pelanggan Astro B.yond hanya perlu meninggalkan set mereka dalam mod standby, dan kemaskini perisian akan dilakukan secara automatik.

Astro pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 470,000 pelanggan PVR, disamping pelanggan Astro On-The-Go mereka yang meluangkan secara purasa 72 minit seminggu menonton menggunakannya.

https://www.astro.com.my/epg/
 
Last edited:
tgh upgrading ke? ptt la penin semacam je beyond den nie
 
Ooo patutler tekan butang beyond keluar natang ni..
 
470k pengguna PVR..mau x..bg free dh brpe rmi..
 
Patut update dah EPG ni. Yg sekarang ni tak lawa. Lepas tu ngn masalah PVR rakam sendiri pulak tu..
 
Pvr aku dah 3 bln ada benda ni...ni kira GUI baru utk set Pvr. Aku prefer yg lama sbb yg ni ada lag skit..cuma colorful je
 
Pvr aku dah 3 bln ada benda ni...ni kira GUI baru utk set Pvr. Aku prefer yg lama sbb yg ni ada lag skit..cuma colorful je

Utk PVR dan Byond.

Mcm mana ko boleh dpt BETA eh bro? Aku buat force update pn tak dpt. Hahaha. Nampaknya kena tunggu 24 Feb ni la
 
Back
Top
Log in Register