BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro Cuba 'Selamatkan' Pelawak Terpinggir

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
astro+2.jpg

Para pelawak yang dicungkil menerusi program terbitan Astro seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang kurang bersinar akan diberi peluang muncul menerusi program-program lawak terbitan stesen televisyen itu.

Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, sebagai langkah pertama, pihaknya akan menerbitkan program lawak Haha Hihi dengan melibatkan pelawak-pelawak terpinggir berbakat bagi menjayakan program itu.

"Ramai sebenarnya pelawak berbakat yang dilahirkan di bawah Astro dan sayang rasanya jika kita tidak mendedahkan bakat itu kepada umum.

"Haha hihi adalah salah satu cara memberi peluang kepada pelawak yang terpinggir yang lahir daripada program seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak kerana mereka mempunyai bakat yang bagus.

"Bukan setakat program ini sahaja tetapi kami akan cuba membantu mereka untuk rancangan lain," katanya.

Antara pelawak-pelawak yang terlibat dengan Haha Hihi ialah pelawak dari Indonesia iaitu Saywho, Fuad, Cacing dan Endah serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Malaysia seperti Shuk (Balas), R2, Jihan, Mamat (Sepah), Arin dan Shiro.

Ia merupakan program di bawah saluran Bintang (141) berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak dari kedua-dua negara.

Program selama 30 minit yang berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat tempatan dua negara itu akan mempunyai tiga segmen iaitu Sketsa Komedi, Prank & Magic dan Parody.

"Saluran Bintang yang biasanya memaparkan program-program dari Indonesia bukan sahaja ditonton oleh penonton negara seberang itu tetapi juga masyarakat tempatan.

"Jadi bagi memberikan kepuasan kepada penonton, kami menggabungkan personaliti-personaliti dua negara ini dalam menghasilkan sebuah program komedi yang berbeza namun pada masa sama lawak-lawak yang disampaikan begitu dekat dengan jiwa peminat kerana ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat seharian," ujar Nizam.

Haha Hihi akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Jun ini pukul 10 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.
 
astro nk kejar rating blk..skybox dikacau..
astro dipotong akan disambung balik walaupun tk buat pembayaran..
 
harap astrox tampilkan kandungan (content) yang berkualiti la dalam pakej2 yang ditawarkan.

ingat orang langgan free2 ker?

bukan nak tutup periuk nasi pelawak tu, tapi kalau tak menarik baik takyah buat rancangan.

takkan orang bayar bil astrox semata-mata nak layan program suram.

contoh macam raja lawak. mak aii bosan kemain.
 
macam siot astrok nak promosi bintang pulak... apasal tak letak kt warna je.. ape guna ade warna klu letak kt bintang..
 
mamat ko pn tersenarai dlm pelawak terpinggir ye..huhu..
 
klu tpinggir tu maknany xklaka la..ni wat progam mcm ni seolah2 nk ckupkn waktu tyngn je kot..
 
Back
Top
Log in Register