BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ada minta saya buka baju, cuba nak makan, menggatal’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Ada minta saya buka baju, cuba nak makan, menggatal’​

ZARA-ZYA-1.jpg

PELAKON Zara Zya berkongsi memori hitam yang pernah dilaluinya semasa zaman awal kemunculannya dalam dunia seni yang disifatkannya ada sisi kejam.

‘Ada minta saya buka baju, cuba nak makan, menggatal’" PETALING JAYA – Menganggap dunia hiburan ini kejam dan ada sisi gelap yang sukat dilupakan, pelakon Zara Zya mengakui menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan atas dirinya pada awal kemunculannya dahulu.

Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, mendedahkan hampir menjadi mangsa gangguan seksual ketika individu terbabit kononnya mahu berbincang tentang tawaran kerja.

“Mula-mula kata nak bincang fasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang.

“Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya terus cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali semula.

“Selepas itu, dia cuba cari saya tetapi saya terus sekat nombor dia, “katanya dalam sebuah temu bual bersama Nona TV3.

Lebih mengejutkan, Zara turut berkongsi kisah lain apabila diperdaya untuk menghadiri sebuah pertemuan tetapi rupa-rupanya diatur bagi memuaskan nafsu golongan kenamaan (VIP).

Lebih teruk perbuatan tidak bermoral tersebut dilakukan oleh rakan artis yang dikenali.

“Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki VIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

“Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Dia ingat saya mamacm dia. Lama juga saya cuba lepaskan diri, situasi itu memang menakutkan,” ujarnya.

Malah, Zara turut mendakwa pernah diganggu secara fizikal beberapa individu dalam industri tetapi enggan memperbesarkan isu berkenaan.

“Ada juga tawaran diri untuk membela tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu.

“Walaupun jatuh bangun dalam industri, saya tetap pilih cara yang baik.

“Ada artis yang tahap menggatal dan cuba meraba, cuba nak makan saya tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau terus mengelak. Kalau setakat jumpa dalam majlis-majlis okey, tetapi untuk dalam drama saya,” kongsinya.

Berasa tidak untuk memberi nasihat atau berpesan, namun sebagai artis yang agak lama dalam industri, Zara cukup sedar jika tidak berhati-hati sesiapapun boleh rosak jika tidak bijak membawa diri. – KOSMO! ONLINE

==============================
Adoi Zara, mesti penat giler layan drama manusia macam ni kan. Suka2 nak test power atas orang, tapi tengok IG Zara masih happy2 je. Maybe better angkat bendera putih je kalau malas2 nak bising. 😅

 
Back
Top
Log in Register