BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro catat perolehan RM5.2 bilion

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 30 Mac – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatatkan pertumbuhan hasil sembilan peratus kepada RM5.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2015 berbanding RM4.8 bilion bagi tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut didorong oleh pertambahan jumlah pelanggan, selain jualan produk dan perkhidmatan bernilai tambah turut menjana peningkatan Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) dan pengawalan kos serta prestasi GO SHOP iaitu perkhidmatan beli-belah di rumah yang menggalakkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, syarikat dapat menjana pertumbuhan walaupun dalam keadaan pasaran pengguna yang tidak memberangsangkan, didorong kemampuannya dalam menyediakan pilihan yang luas dan teliti.

“Kami melihat momentum langganan produk dan perkhidmatan platform televisyen berbayar, NJOI, Astro on the Go (AOTG) dan OTT. Jumlah pelanggan meningkat sebanyak 547,000 lagi menjadikan kini 4.4 juta dan menembusi 63 peratus keseluruhan kediaman televisyen di Malaysia.

“ARPU meningkat kepada RM99 dari RM96 apabila lebih ramai pelanggan memilih perkhidmatan Definisi Tinggi (HD), Perakam Video Peribadi (PVR), Multiroom, Superpack dan Valuepack,” katanya pada sidang akhbar pengumuman laporan kewangan Astro di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan; Ketua Pegawai Inovasi Astro, Brian Lenz; Ketua Pegawai Komersial Astro, Liew Swee Lin dan Ketua Pegawai Pelaburan Astro, Raymond Tan.

Menurut Rohana, perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatat pertambahan sebanyak 12 peratus daripada RM1.6 bilion kepada RM1.8 bilion manakala jumlah dividen bagi tahun kewangan tersebut adalah 11.0 sen sesaham meningkat 22 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jelasnya, bahagian hasil pengiklanan (adex) televisyen dan radio meningkat bagi mengekalkan pendapatan pengiklanan keseluruhan pada RM589 juta.

“Jumlah penonton Astro kian bertambah dengan adanya kandungan tempatan yang semakin menarik. Bilangan program yang mencapai jumlah tontonan lebih daripada 1 juta telah meningkat tiga kali ke 50 buah program pada tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, produk terbaharunya GO SHOP juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menjual lebih 120,000 barangan sejak November 2014.

Tambahnya, Astro juga bakal melancarkan satu aplikasi pada Mei ini yang membolehkan penggunanya memuat turun program Astro ke peranti pintar mereka untuk ditonton bila-bila masa tanpa menggunakan Internet.
 
kalau naik lagi mungkin boleh dapat 15 peratus pertumbuhan utk tahun depan.
 
untung gila2...tapi hmm...biarlah...tulis panjang2 pun ade dorang kesah...wt sakit hati je
 
besok nak wat repot polis sebab astro paksa aku continue melanggan...agak2 kalau saman,boleh menang tak?
 
catat perolehan sampai billion tapi sevis macam harem..
 
Back
Top
Log in Register