BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro Belum Buat Pilihan

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Astro All Asia Networks Plc pada Isnin tidak menafikan ataupun mengesahkan spekulasi baru-baru ini bahawa ia merancang untuk melupuskan perniagaan antarabangsa di India dan Indonesia yang mencatat kerugian.

Timbalan Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ralph Marshall, berkata syarikat itu mengenal pasti pelbagai pilihan untuk menstrukturkan syarikat dengan harapan untuk memperoleh modal yang lebih cekap serta struktur operasi korporat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita di sini hari ini.

Bank-bank asing dan tempatan juga sudah mengemukakan cadangan, kata Marshall, namun enggan memberikan butiran lanjut.

"Kami membuat kenyataan bahawa syarikat kini sedang mengkaji pelbagai pilihan untuk meningkatkan struktur operasi modal, dan dalam konteks ini kami menerima pelbagai cadangan dan lembaga pengarah sedang menilainya.

"Ia mungkin atau tidak termasuk pelaburan semula, ia mungkin termasuk peluasan. Kami belum tahu lagi, namun ia sedang dinilai dan lembaga pengarah belum buat sebarang keputusan," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini.

Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menilai cadangan itu, katanya.

Cakap-cakap sebelum ini menyebut bahawa pelupusan itu akan menyaksikan dua pemegang saham utama Astro, Usaha Tegas dan Khazanah Holdings mengambil alih kepentingan antarabangsa Astro, mengasingkannya daripada pemegangan domestik yang menguntungkan.

Pemegang saham syarikat dilaporkan menerima RM1 sesaham sebagai sebahagian daripada proses itu.

Ditanya sama ada wujud masalah dengan proses penstrukturan itu, Marshall berkata: "Kami tidak berkata belaku masalah dengan penstrukturan itu. Yang kami katakan ialah kami sedang mengkaji sama ada ia akan lebih cekap dan bagaimana ia boleh dilaksanakan.

"Oleh itu, kami perlu membuat pertimbangan untuk mencari gandingan terbaik untuk pemegang saham dan itulah yang kami selalu lakukan."

Dalam kenyataan media, syarikat itu berkata kumpulan akan terus mengembangkan peniagaan TV berbayar, kandungan dan radio di luar negara.

Marshall berkata Astro komited untuk melabur untuk pertumbuhannya dan yakin nilai pemegang saham boleh ditingkatkan menerusi pelaburan terpilih di pasaran serantau.

"Kami sentiasa berpendapat bahawa kami mahu terus berada di rantau ini. Kami melabur atau mengenal pasti sinergi dalam pasaran yang lebih luas.

"Kami baru sahaja menceburi IPTV (Internet Protokol TV) dan kami sedang mengenal pasti kemungkinan melabur lebih serius dalam kandungan. Kami akan memperluas ke pasaran baharu," katanya.

Astro kini membuat banyak pelaburan antarabangsa termasuk pegangan dalam DTH venture India, Sun Direct TV, dan Celestial Pictures of Hong Kong.

Celestial Pictures memiliki Shaw Brothers Film Library, perpustakaan filem berbahasa China yang terbesar di dunia, serta saluran TV berbayar antarabangsa, Celestial Movies Channel.

-- BERNAMA
 
kepada rakyat malaysia, kalau nak berniaga ke indon....hati-hati la...lagi teruk dari malaysia..kalau sini kita jumpa jerung dan naga..sana jumpa dinosor!
 
abis dsudut mustika tu amik cter cmpur2 cmner plak ek
 
kat Malaysia je pon die da kaye berjuta2....
 
kepada rakyat malaysia, kalau nak berniaga ke indon....hati-hati la...lagi teruk dari malaysia..kalau sini kita jumpa jerung dan naga..sana jumpa dinosor!

dinosor nk makan daging ke makan duit... huhuhu
 
umah aku tadak astro.. :) kuali cam bentuk astro tu ada la.. :"> :"> :">
 
apa lagi....jo beli saham astro .....:)
 
Back
Top
Log in Register