BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro Bakal Ada Platform Penstriman Terbaru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Platform TV berbayar, Astro Malaysia, mengumumkan akan perkenal platform pentriman terbaru yang memfokuskan konten tempatan dan sukan. Ia dikatakan berasaskan perkhidmatan percuma dan premium (freemium).

960x773_henry_tan.jpg

Menurut Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Astro Malaysia, platform penstriman terbaru, Sooka, akan memenuhi tujuan dan kumpulan yang berbeza. Selain itu, ia juga akan mensasarkan penonton milenial dan lebih muda.

Sooka yang akan dilancarkan pada Mei 2021 ini juga akan membawa beberapa perkhidmatan digital tempatan yang sedia ada di Astro.

Menerusi ucapannya di APOS 2021 semalam, beliau turut menyatakan yang Astro ingin menggabungkan beberapa perkhidmatan Langganan Video atas Permintaan(SVOD).

Hal ini untuk membantu Astro bersaing dengan perkhidmatan penstriman haram dan mungkin mampu mengembalikan semula pelanggan lama.

Tan belum menyatakan nama perkhidmatan SVOD yang akan menyertai Astro. Namun antara yang sudah ditawarkan adalah HBO Go dari WarnerMedia serta iQiyi.

Menurut penyelidik CGS-CIMB, antara perkhidmatan penstriman yang mungkin menyertai adalah Netflix, Disney+, Discovery+, dan Hotstar.

Sumber Contentasia
 
Back
Top
Log in Register